KEHIDUPAN BERSAMA BERDUA BERMULA

Salam Khamis semua....

Da lama meninggalkan blog ku ini adoii. Hahaha. Hari ni puasa ganti sebelum masuk ramadhan (jangan ikut perangai aku ye kawan-kawan )Salahkan kesibukan mengemas dan membungkus barang nak masuk rumah sewa (penat wey).. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan setengah memanjakan diri di rumah mama n abah ku.. tiba lah masanya untuk hidup sendiri berdua menghadapi dugaan mendatang (chewahh ayat ko kan).. Jujurnya perasaan berbelah bagi.. teruja, takut, bersalah, dan etc etc membuat keputusan untuk masuk ke rumah sewa ni. Setelah membuat perkiraan yang jitu kononnyer.. keputusan ini yang terbaik buat kami berdua.. berat hati nak meninggalkan rumah mama abah syurgaku itu..warghhhh takutnya tak dapat handle kehidupan berdua ini.. Selepas ini rumah sewa itu bakal jadi syurga kami berdua pula.. senang..susah.. selesa..terkurang.. kena tanggung sendiri dan banyak bersabar. Sedih pulak bila baca balik ayat tu. Owh kami belum betul-betul pindah lagi sebab nak touch-up sikit sebab penyewa sebelum ni meninggalkan rumah tu dengan CANTIK SEKALI youuuu!!! Adoyaii... Xpela kami slow2 kemas n bersihkan mana yang patut. Tuan rumah a.k.a pakcik hubby bagi bajet untuk cat balik rumah tu dan repair yang asas. So ni antara yang kami buat untuk rumah kami :- (gambar akan di upload kendian ye)

1. Ruang tamu :
Kami decide nak cat colour kelabu n merah  (feature wall giteww). So kami amik warna Oyster Grey untuk dinding keseluruhan rumah kecuali di bilik yang ada. Kiranya dinding luar, ruang tamu, ruang dapur dan bilik air di cat kelabu. Tapi warna ni tak gelap sangat tak cair sangat. Untuk dinding pemisah antara ruang tamu dan dapur kami decide cat merah saja nak nampak kontra. Akhirnya hasil yang menyedapkan mata dan hati kami. (ada rupa rumah pon akhirnya). Lepas ni tinggal pasang tv dan deco sikit-sikit untuk ruang tamu kami. Sofa memang kami decide beli kemudian sebab hubby cakap yang utama benda-benda penting settle. Alhamdulillah. ;-)

2. Ruang dapur
Ruangan kegemaran saya!! Hahaha excited lebih sebab tak sabar nak cuba masakan baru untuk my hubby.. Eh, jangan terpedaya saya tak pandai masak pon tapi untuk mengenyangkan perut insya allah takdelah sampai cerry-berry ye. Hehehe. Ok benda wajib iaitu peti ais (hadiah dari my lovely uitm buddy) telah selamat berada di posisi yang sepatutnya setelah berbulan-bulan terperuk dalam kotak. Comel je macam kami. Hahaha perasan gila!! Sila maafkan tuan blog yang sengal ni. Pastu kami beli tempat sinki yang baru since sinki yang lama bagai retak menanti rebah ke bumi je nengoknyer adoii. Lepas tu kami beli rak dapur (xtau nak panggil ape sebab bukan kabinet pon) dan almari serbaguna (untuk letak pinggan,mangkuk,cawan gelas,periuk, kuali,toaster dan macam2 lagi la.) Kira ruangan dapur hampir sempurna semuanya. Oh ye meja makan untuk empat orang mak mertua bagi kami. Walaupon bukan baru tapi kami sabgat bersyukur dan berterima kasih sangat. Thanks mak!! Lepas ni pandai-pandaila saya nak mengatur ruangan dapur tu. Harap-harap berjaya dari merosakkan dapur dah lerr. Chaiiyokk!!

3. Bilik tidur, bilik tamu dan bilik baju + stor
Ok untuk bilik tidur kami cuma letak katil, meja solek n meja tepi untuk lampu tidur. Ruang dalam bilik tidur adalah terhad so hubby bagi cadangan almari kami yang besar (pada kami) letak bilik belakang a.k.a bilik ketiga sebab bilik tu paling besar. Saya kena pastikan bilik tidur kami selesa dan ada ruangan untuk solat juga supaya takdela nanti nak solat bergesel dengan tiang katil pula. Untuk bilik kedua a.k.a bilik tamu pula kami akan letakkan katil bujang dan meja study kepunyaan hubby dulu. Toto dan bantal extra pon maybe kami akan letak sekali supaya senang kalau-kalau ada tetamu yang datang bole tidur situ ataupon baring-baring di ruang tamu. ;-) Untuk bilik ketiga pula kami letak almari pakaian, kotak2 hadiah buat masa ni. Last week ada beli ampaian besi yang tampal dinding tu kat kedai cat. Cadangnya nak pasang dalam bilik tu sebagai tempat gantung baju kerja yang sudah digosok dan baju basuhan yang belum sempat dilipat. So xdela kromox baju-bajuan dek kerana kerajinan puan rumah sewa ni kan. Hehe. Nak beli almari lagi rasa macam tak berbaloi n takde bajet pon (sonang citer) . Berangan nak beli almari kayu kat ikea untuk susun kotak2 hadiah kawin tu..insya allah ada rezeki akan datang kan. Amin

4. Bilik air dan ruangan basuhan
Lepas dicat kelabu hari tu nampak ekslusipnyerr adoii bilik air aku. hahaha. kira xdela nampak teruk sangat dipandang orang. Cumanya pintu bilik ait tu da tercabut pulak. Hubby cakap xpela kita berdua je pon dalam rumah ni. EH memeyla hubby oii tapi kalau tetamu nak guna nanti diorang cakap hati rasa malu (gaya najwa latiff) Hehehe.. Kolah air plastik kami gunakan untuk tadah air sebab sebelum ni pakai kolah batu tu pastu abang ipar yang cabutkan. Gagah abang2 iparku ye. Hehehe. Tinggal nak cari rak atau baldi jela bubuh barang dalam bilik air tu nanti. Ruangan basuhan pula cadangnyer nak buat tepi pintu belakang tapi tak pasti lagi. Msin basuh pon belum beli lagi so nanti da betul-betul duduk baru kami beli yang termampu kami. Nak cari ampaian baju plastik macam rumah mama letak kat luar. Nasib baik ada ruangan kat tepi pintu depan so kalau hujan idokler lencun bajuan kami iteww.

5. Lain-lain
Barangan basah mahupon tak basah (toileteris) hubby pesan awal-awal beli bila da masuk rumah nanti. So sekarang ni aku pon buatla senarai mana yang patut dan perlu dibeli. Tapi kompom hubby potong banyak nanti. Hehehe jangan marah sayang!! Minggu ni minggu terakhir memanja dirumah mama n abah akan ku gunakan sepuasnya peluang ini.. hahahaha... Ohye aku baru perasan minggu lepas pindah barang rumah minggu ni pindah barang opis pulak. So aku namakan mingguan berpindah (sebab dua minggu berturut-turut)
Sabtu ni semua orang dikerah (dipaksa) bekerja untuk bagi ruang renovation opis ni. Haishh memekak n berdebula jawapnyer. Okla itu je buat masa ni. Nanti kalau rajin aku upload gambar rumah ye. Babai.


Love

Bella




Comments

  1. wa..beshnya..umah pakcik lg senang kan.. huu.. kalau rumah org nk decorate pon xbeshh

    ReplyDelete
  2. Cik Tqah : dear ni xdela decorate sangat tapi nak bagi nampak rumah sikit. Alhamdulillah pakcik hubby bagi izin n bajet untuk betulkan sikit2.

    ReplyDelete
  3. kite mengalami situasi yg sama..penyewa lama tinggalkan rumah tu mcm tongkang pecah..huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts