Friday, December 30, 2011

Kad Kahwin by Artchetak

Salam Jumaat.....
Sonoknye kan minggu ni cuti panjang lagi.. yeay!!!!
Hari ni nak cite pasal satu vendor kad kahwen ni..
Actually memula dulu eksited nak booking la konon tapi
en tunang cakap hold dulu.. hukhukhuk
(sangat xsabar pompuan ni..sekian)

So b2b sekalian check this out website bawah ni :-

Ada pelbagai pakej yang bole b2b budget (macam saya) bole pilih :

Kat sini saya selitkan kad-kad hasil sentuhan Gift by Print ni :-


Concept :- Minimalist, Romantic & Sweet


Concept : Polka dots, doily & birdies


Okla setakat ni sebab komputer ni lembab lak nak upload gambar2 kad yang menarik dari dorang ni.
Apapun jangan lupe cepat2 grab mana2 yang da berkenan kat hati memasing dengan budget yang
korang da tetapkan.  Insya allah artchetak akan sedia membantu b2b di luar sana yang masih tercari-cari atau pon masih mencari-cari vendor untuk kad kawen mereka macam saya jugak.

Any inquiry, please email at enquiries@artchetak.com

Salam mesra dari saya yang masih mencari-cari...... bye!!!

Happy New Year 2012
.
.
 .
.
.
.
.
.

Love

Bella







Monday, December 26, 2011

End Year Random Giveaway


Disebabkan xdapek nak lelapkan mato den ni.. moh le kite join GA bawah ni di :-



So, pada kome2 sume yang rasa nak join GA ni join jela ye.. toksah la nak pendam lelama dalam hati nun tu bole menang ka xbole menang ka kang tup tup da expired date. Rugi kan??? Teman pon mencube nasib gak samela dengan kome sume sebab selalu xbernasib baik. hahaha
.
.
.
.
.
.
.
Selamat mencube nasib yeop!!!
.
.
.
.
.
Nite. you. all... :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Love,

Bella

Sunday, December 25, 2011

Bad And Good New!!

Salam to all peeps!!!

 Terima kasih pada yang sudi baca blog bella ni..  (sambil lambai2 tangan salam perkenalan)


Hari ni nak share "benda" yang terjadi dalam hidup bella sepanjang last week. (sila rujuk gambar di atas)

Pertama sekali.. kite cite pasal yang buruk dulu la ye.. Actually bukanla nak kata buruk tapi benda da takdir

nak jadi nak buat macam ne kan.. Perkara ni terjadi pada tunang bella.. Dia accident masa otw balik rumah

dia di Puchong. Ada kereta yang nak U-turn kat tempat yang dilarang so tunang bella ni xdapat nak elak

motor tunang bella pun rempuh kete brother tu. Alhamdulillah xde kecederaan serius cuma muka n

tangan tunang bella tu bengkak skit n luka-luka jugakla. Masa dapat berita tu tengah layan customer kat

bank terus jadi cam blur. Huhu. Masa tu Allah je yang tahu hati dan fikiran ni bergelodak macam2 hal. 

Rasa xmenentu je nak buat keje pon da xtentu arah. 

Tak lama pastu....(jeng..jeng..jeng) dapat call dari HQ nak cakap dengan bella. Bella da la tgh blur masa tu

pon jawab xfokus. Pegawai tu cakap nama bella telah di'recommend' untuk kenaikan pangkat. Memula 

dengar macam khayal je terus tanya pegawai tu "Encik, you serius ke ni?" Pegawai tu pon jawab dengan 

selamba " Saya pernah tipu awak ke" Hahaha tu la padan muka sendiri tanya soalan cepumas camtu.

Then, macam2la soalan yang ditanyakan.. antaranya kalau dihantar ke cawangan lain (dekat giler dengan rumah)

ada isu ke....xpon kalau da kawen nak ke tempat lain ke.. Dalam hati time tu memang rasa nak menjerit

gembira je rasa tapi control ayu lagi..hahaha.. Ya allah bella rasa bersyukur yang teramat sangat. Ini ke yang

orang selalu cakap rezeki orang nak kawen? huhu.. Ye bella tau benda ni belum confirm tapi kalau ada

rezeki bella ni rasanya penantian bella selama ni xsia-sia. Hanya allah yang mengetahui apa yang terbaik

untuk kita. Then terus inform kat bos, tunang, mama n abah. (excited giler!!!) Petang tu bella saje balik

awal dari opis ajak mama n abah g Puchong lawat tunang bella. Sedih tengok tunang bella jalan hencot2

time tu. Dalam mesej petang tu pon klu bole dia minta bella jenguk dia. He said he needs me that time.

So sweet la cakap camtu terus meruntun hati jiwa raga (hehehe) nak pegi tengok dia gak malam tu. Huhu.

Xpela walaupon xdapat nak buat pape untuk bantu at least dia tau bella ada untuk support dia time dia susah

dan sakit camtu kan (bukan time senang je minta macam2..hehe)

Apapun bella harapkan sinar harapan baru ni akan terus menjadi kenyataan untuk tahun baru 2012.

Dan kepada tunang tersayang (saya tau awak baca blog saya ni) semoga cepat sembuh n selamat cute

kembali sebab da xhensem(hahaha..gurau je syg) dan saya ada setia disisi sentiasa.

Love,

Bella






  

Friday, December 23, 2011

Giveaway First Opening Dippy Lyn’s Collections



Salam Jumaat.. :-)

Hari ni marila kita sama-sama join giveaway seperti yang tertera di atas.

Syarat-syaratnya seperti berikut :

1. Peserta mestilah seorang blogger

2. Peserta mestilah seorang follower blog beeflyingtohoney

3. Buat satu entry bertajuk Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

4. Letak banner di atas ini di blog anda

5. Tag 2 orang rakan blog anda
 6. Letakkan link entry post anda di bahagian komen blog tersebut

7. Siap !!

 (Note : Pemenang akan dipilih dari random.org )

Semoga berjaya!!!




Monday, November 14, 2011

Sekadar Renungan Bersama

Subject: Kisah Penjual Tempe.      
     

Moga menjadi iktibar..      

Ada sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.      

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.  Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.      

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “  Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin  ”      

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.      

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “  Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin  ”      

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.      

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “  Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin  “. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.      

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.      

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.      

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.      

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “  Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.  ”      

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.      

 Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.  ” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”  Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin  “.      

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.      

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,  Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap  “.      

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…      


MORAL:      

Pertama: Kita sering
memaksakan   kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.      

Kedua:   Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali
berputus asa   terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.      

Ketiga:
Tiada yang mustahil   bagi Tuhan.      

Keempat:   Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita
sedang kita   tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU   , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat      

(“,) ….

Love

Bella

Tuesday, November 1, 2011

One Month Anniversary..:-)


Salam Love....

Alhamdulillah..hari ini genap sebulan sebagai tunangan kepada my other half.

Perasaan?? Rasa lebih dilindungi dan lebih bertanggungjawab (bab-bab simpan duit..huhu)
Setakat hari ini belum lagi MISS lagi keluar sama.. Ada je hal-hal yang tidak dapat dielakkan..haha

Org tua ckp xelok asyik nak jumpa je..tapi as long as kita pandai bawa diri dan jaga  batas agama.

Insya allah.. Allah sentiasa menjaga kita.. Yang penting niat kena betul..

Nak review pasal majlis bertunang pon xbest sebab gambar rasmi belum dapat lagi..

Sebenarnya xreti nak cerita tanpa gambar..(citt!! alasan kuno)

Tinggal beberape RATUS hari saje lagi untuk samapai wedding day.. Tapi wat dunno je..

Tak.. bukan xnak kawen tapi mood BRIDEZILLA belum sampai kot..

Adalah diskus dengan my mom pasal prep sume spt kanduri-kendara,khemah,pelamin,baju..etc..etc.

So far sume mama bole handle cuma prepare ongkosnya saja ya!! haha..

Alhamdulillah setakat ini tidak mahu menyusahkan keluarga.. selagi mampu insya allah ada rezekinya..

My other half pon hari ni ada interview.. Me pon nak submit resume kat big bos state jugak..

So pray for the best for him.. and us too...Amin.. :-)

For my other half a.k.a my fiance'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 

 
I love u so much.. muahxxx!!!

Love

Bella

Thursday, October 27, 2011

50 : 50




ME
SEPTEMBER=IMP

Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn’t pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fullfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.

MY OTHER HALF
NOVEMBER = SWEETIE

Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck.. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High spirited.

Wednesday, October 26, 2011

Sharing is Caring

Bring Me Free Hijab


First time ever join lucky draw.. Lucky me?? Hope so..

Join this and you'll be lucky too..


-this is an easy game for bloggers! get a chance to win free hijab!! we'll be giving away 5 hijab for free!!u might be the lucky five!! all you need to do is just..
1. copy this to post to your blog..with a title "bring me free hijab"
2. then email to nadenook@hotmail.com give us your blog url
3. we will give your number for lucky draw
4. you must post this before 29 October 2011
5. we will announce 5 lucky number on 30 October 2011

ok if korg tkde blog pon tkpe, pegi kat FB nade nook ni je

p/s : Tuan blog ni tengah giler contest/giveaway/lucky draw..sume dia nak balun..harap maklum.. Pang!!

RM50 Gift Voucher from Mommy Lily

Salam Love...

Happy Diwali kepada semua yang merayakan perayaan tersebut pada hari ini.

So, pagi tadi masa blogwalking terjumpa la blog ni.. Owner blog tu ada buat giveaway kepada follower yang setia mengikuti blognye.. oh ye owner ni gak ada online business gak tau..comel2 sume barang kat situ.. 

Princess Lily Closet

So..sebab nak join contest ni pon saje2..mana tau ada rezeki kan.. Voucher ni xbole ditukar dengan duit tau you all.. Okey, voucher di atas boleh ditukar kepada barang-barang ready stock di kedai online beliau..
(so..kalau bukan saya guna pon..saya bole jadikan sebagai hadiah kan?? hehehe..)

Saya tau maybe contest ni untuk mommy2 since saya pulak b2b tapi xsalah mencube kan(ayat pasrah!!).... mana tau saya jumpa gaun2 yang berkenan di hati untuk dijadikan sebagai flower girl saya nanti..huhu..berangan itu perlu!!

Pray for the best!! Till then dearissss....



Love,

Bella

Thursday, October 20, 2011

Join contest y'all!!!


Salam love...

Tengok tajuk kat atas mesti sume nak tau contest mana yang saya nak join ni..  Sebrnarnya ni pertama kali saya memberanikan diri nak join mana-mana contest dalam blog.. Saje mencube nasibla orang cakap

First.. my dream veil must be the one that make me EXTRA beauty on my wedding..:-)

Honestly, saya xreti dan xpandai nak describe on how my dream veil should be..

The concept should be more moden and simple.. bole ke camtu cik lijah? maaf..Puan Lijah?

Contohnyer macam ni :-



taken from

saya suka sangat dengan veil ni..

Jenis : Chiffon Silk
Panjang : 1.5 meter bidang 60"
Potongan : U (sama spt di atas)
Beading : Pearl 
Ton warna : Putih/pink

See..simple je kan my dream veil wedding?? hehe.. Veil ni akan jadi multifunction masa wedding saya nanti.. First untuk akad nikah then malam untuk berinai. Sangat jimat kan?? Saya pon xde bajet besar untuk veil ni n xkreatif macam pn lijah.. So kalau terpilih sangatlah dihargai.. :-)

Sekian untuk malam ini..

Love Bella

P/s : saya tag 3 b2b ni :-
          1.  kak Is
          2. Cik Zimie
          3. Nora 

 















Wednesday, October 12, 2011

01102011

Salam Love..

Malam ni saje nak share moment masa hari pertunangan aritu..huhu

Jom layanzzzz.....

(hasil kerja tangan mama..love u mom!!)

(khemah oren ku..huhu)

(selepas mekap..ok x?? first time ni..)

(with future mom-in-law..so sweet la mak)

hoho.. till then sAMBUNG LAGii...

Love Bella

Sunday, October 2, 2011

We are officially engaged...Yeay!!!


Alhamdulillah... 01102011

Note : abaikan muka saya yang memang tembam.. ye saya tau tu..huhu

Tuesday, September 27, 2011

Tiga Hari Lagi...Yippeee!!!!

Salam Love...

See?? Tinggal tiga hari je lagi...

Rasa xsabar plak..hehehe..

Bukan gataii ke ape cuma rasa xlarat la nak tunggu lame2 da..

Stress woo.. Okla arini nak update progress je.

Let's check this out bebeh :)

1. Hantaran 13 dulang da siap (thanks to my mom yg kreatif deco)
tapi ada gak barang yang belum ada. Xpe jumaat ni cari.

2. Catering da book.(order 150 pax)

3. Dua buah khemah da book. Theme : Oren

4. Kwan2 bestie sume da jemput. Depends on them klu free datang. :)

5. My mom nak buat bihun sup untuk back up kalau makanan xcukup.

6. Tema org sebelah Hijau. huhu. Xsabar nak tengok.

7. Cuti Jumaat da apply. Yeayyy!!! tapi nak kena settle banyak benda. :)

8. Malam ni buka NOTA BAJET buat kira2 untuk settle payment. :(

Yang pasti DUIT semakin merosot..huhuhu..mana nak cekau ni!!!

Betul ke orang cakap kalau kita nak kawen insya allah rezeki tu murah je??

Amin ramai-ramai ye.... :-)

Love Bella

Thursday, September 22, 2011

Tragedi di pagi KHAMIS

Salam Love..

Tajuk kemain gempak.. sebenarnyer xdepape serius pun..

Pagi tadi masa otw nak g keje hujan renyai2..

Jalan plak jem.. pelik betul padahal xdepape pon..

Polis bole plak borak2 tepi jalan.. Adoyai pakcik xnampak ke???

Pastu otw ke bank lalu shortcut Kebun Bharu..

Kete depan aku ni plak kejap kekiri kejap kekanan..

Last2 masa nak elak kete dari belah kanan..

Tup-tup....
.
.
.
.
.
.
Bang!!! Kete langgar LOBANG wey!!!

Adoi..terus rasa macam senget sebelah..

Tapi still konfident bawa kete tu..

Last2 berhenti terus call org opis minta tolong..

Nasib da dekat..kalau x meroyanla tepi jalan tuh..

Lepas tukar temporary tayar..terus pegi kedai tukar yang baru

since tayar tu xde angin sgt..

Da settle sume terusla bayor kan.. Nanges!!!

Nasib claim masuk semalam bole la bayar kan..

Xpela insya allah ada rezeki lain..

Yang penting selamat...

Till then. Love.

Note : masih rasa terkejut sejak insiden pagi tadi.

Tuesday, September 20, 2011

Another 10 Days Left....

Salam Love..

Phew!!! Halfway preparation already done..

Tinggal hantaran belum deco lagi.

Malam ni operasi men"deco" akan bermula. Yeah!!

Next Jumaat cuti tapi keje masih menimbun lagik.

Sempatkah siap?? huhu...

Bila stress mulut pon nak makan je..

Harap2 xtimbul la lemak2 kat baju nanti.

Okla. Till then.

Love. Bella.

Saturday, September 17, 2011

Perasaan

Salam love,

Stress. Sedih. Sensitif.

Enough for today.

Nite. Love

Thursday, September 15, 2011

15 hari lagi.... Nervous mode!!

                                                             Salam semua...

Malam ni nak share beberapa isu yang belum-semasa-sudah settle sebelum majlis berlangsung.
Sebagai ingatan kepada saya kalau ada perkara yang berbangkit plak . Chaiyokk!!!

1. Tarikh : 01 Oktober 2011

2. Masa : Selepas zohor

3. Tempat : Rumah saya

4. Tema : Peach

5. Pelamin : Tiada ( maybe buat satu ruang letak dua kerusi untuk sesi sarung cincin )

6. Khemah : Abah nak confirmkan esok.

7. Makanan : Katering (mama n abah da settlekan tadi.. tinggal nak bayar je.yeay!!)

8. Baju bertunang : Beli siap je baju kurung moden warna soft peach.  RM1++ camtu. Terus grab n bayar.
                             Jenis kain chiffon siap beading kat dada, tangan n kaki baju. Alhamdulillah

9. Veil@selendang : Sudah terbeli awal warna cream. Hurm..bantai jela pakai. xnak membazir. hukhuk
                               Anak tudung owning peach terang camtu. Ni pon pakai jela.(sangat redha.)

10. Mekap : Da booking dengan MUA freelance ni. Harga bole tahanla. Saje mencube maklumla saya
                    ni bukan pemakai mekap tegar. Takot muka yang buruk jadi buruk. hukhuk...

11. OP : mula2 nak minta adik je..last minit bgtau xdapat balik lak..adoyai poning eh. nak cari yg murah2.
              minta tlg membe opis la.. huhu

12. Doorgift :  TIADA..sekian (mama xbagi)

13. Hantaran : Kire almost done lah.. tinggal cupcakes nak amik jumaat depan. chocolate beli last2 nanti.
                      
14. Bilik : cari cadar yang ada labuh tepi tu..sedap skit mata.. :-)

* Da xtau nak update pe lagi..otak da tepu..keje opis belambak..mane nak settle tunang lagi..warghh!!!!!
   Moral : kuatkan semangat
               siapkan keje sebelum cuti
               masukkan duit dalam sampul awal2 untuk bayaran nanti. phew!!

                 

Sunday, September 11, 2011

Dua Puluh Hari Lagi....L.O.V.E

Asslammualaikum my love... : p

First saya nak share berita penting kepada sesiapa yang sudi singgah blog saya ni....

Pada :
01 OKTOBER 2011

Bertempat di :
Taman Sri Putra

Acara :
Majlis Pertunangan Yusnizam & Nabila


Persiapan sepanjang masa sebulan yang terhad ni berjalan dengan baik. Alhamdulillah semua memberi kerjasama dan idea yang bernas untuk diaplikasikan. Faham2 sajela saya ni merupakan anak sulung. Memang blur n konfius jap pasal persiapan yang perlu dilakukan. Nasib dengan menyimpan wang secara berdikit-dikit dulu dapat membantu saya dari segi memberi material yang diperlukan. Terima kasih juga kepada insan2 yang sudi sgt membantu saya sepanjang persiapan ini.. Xpe2 jangan risau anda bukan penyibok dan  saya xkesa kalau cadangan tu dapat membantu.

Jom semak list untuk Majlis Pertunangan :-
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Okla.... till then. da ngantuk sangat rasa mata ni.Love u semua.






Sunday, July 10, 2011

~ Maytower Hotel & Serviced Residences ~ Home Away From Home

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...sudah selamat sampai di sini pukul 4.00 ptg td.


Entry sebelum ni ada bgtau yang ni first time duduk hotel, so memang excited giler.. haha.. klu org cakap saya ni "pe la budak ni macam org kampung jek!" Yup!!! Saya mmg org kampung tapi xdla sampai nak baring golek kat lantai hotel ni mcm batak sangat...huhu..ko ada??

Sekarang ni xbole nak upload gambar..sedey sungguh!! xpela nanti try lagi..
Incik yang janji nak bawa saya kuar makan pon xsampai lagi. huhu...


p/s : Bosannyer.. nak study untuk exam pon xde mood sebab perut lapar...
Incik.. cepatla sampai ye..da nak pengsan ni!!!

Friday, July 8, 2011

Blessing Friday

Assalammualaikum....
Pagi-pagi ni sampai opis rasa syahdu je... dengar ayat-ayat Quran
(baguskan untuk santapan minda..alhamdulillah..)
Terus bersemangat nak buat keje dengan tenang...
Sarapan dulu la... (hehe..tapau mihun n telur mata..okla kan berjimat)
DOa saya semoga hari ini berjalan dengan aman sentosa buat semua..



p/s : xsabar nak stay hotel..first time ni..ok saya tau saya excited lebih...will update soon...bubbyee!!

Thursday, July 7, 2011

I will survive

Fikiran dalam dilema
Semua benda dapat dalam satu minggu
Start isnin n selasa kena g KL ada taklimat
Sabtu pulak ada exam PTD kat kajang
Harap2 semua berjalan dengan lancar

Doa:Ya allah..berilah kekuatan untuk mengharungi perjalanan ini.

P/s:Nak baca pe ye utk exam PTD? Huhu

Harapan Muncul Kembali

Alhamdulillah...

Akhirnya sinar pengharapan muncul kembali..
Harapan moga ada rezekiku di sini.. Amin..
Bukan mengeluh atau menyesal dengan perjalanan ini..
Namun setiap langkah ku ini seakan terhenti dan menyendiri...
Dengan setiap perancangan dan perubahan memerlukan pengorbanan...

Saturday, January 22, 2011

Surprise??

Salam semua..
Semalam petang dapat call dari HQ.. Permohonan untuk jawatan executive trainee berjaya tersenarai dalam short-list untuk interview... What???? Pehal lak ni...dahla mende 2 memain je antar... next week lak 2 kena pegi..huhu.. Dalam hati...nak g ke x...herm??

Atas permintaan ramai..(padahal excited nak pegi..) aku pon setuju nak pegi la cmtu.. risaula plak..tapi xcube mana tau kan.. Go..Go Nabila....Go for It!!!! Demi masa depanku.... Amin...................

Akan ku bersedia dengan semuanyer.... Insya allah.....

saje letak gambar ni.....sukeee!!

Semoga tahun 2011 membawa lebih banyak kebaikan dan merubah banyak keburukan diriku dari tahun2 sebelumnyer...

  • Hidupku dan Matiku kerana Allah
  • Perjuangan ku demi keluarga tersayang
  • Kasih dan sayangku hanya untukmu
Love : Bella