Wednesday, February 29, 2012

Fakta Menarik Resepsi Yusry & Lisa

1. Majlis Lisa dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu.

2. Pihak pengantin turut menyediakan makanan tambahan untuk 100 orang tetamu sekiranya bilangan yang hadir melebihi dari jangkaan.


3. Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.


4. Uniknya, pelamin vintaj putih ini turut mempunyai dua skrin besar bagi memudahkan tetamu melihat dengan lebih jelas visual yang dipaparkan sepanjang majlis berlangsung.


5. Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.


6. Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.


7. Juadah disediakan oleh Kuzie Catering.


8. Lisa disolek oleh jurusolek selebriti terkenal, Khir Khalid.


9. Kebiasaannya pengantin akan diarak masuk bersama-sama ke dalam dewan, namun tidak bagi pasangan ini. Pengantin perempuan tiba tepat jam 9.05malam diikuti pula pengantin lelaki jam 9.12malam.


10. Lisa diiringi ‘gadis bunga’ seramai 6 orang.


11. Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.


12. Lagu yang berkumandang di dalam dewan adalah pilihan dari Yusry sendiri khas untuk Lisa.


13. Tetamu pada malam itu turut dihiburkan dengan persembahan dari Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat.


14. Sebelum menyanyi, Aizat bertanya kepada tetamu sama ada mereka mempunyai ‘pick’ gitar. Aizat terpaksa bermain gitar dengan menggunakan simcard kerana terlupa membawa ‘pick’. Mujur ada seorang gadis naik ke pentas dan memberikannya ‘pick’.


15. Selain persembahan nyanyian, tetamu turut disajikan dengan rakaman visual detik-detik perkenalan Yusry & Lisa serta ucapan tahniah dari keluarga. Menariknya, Erra Fazira turut memberi ucapan khas buat Yusry dengan mendoakan bekas suaminya itu bahagia hingga ke anak cucu.


16. Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.


17. Majlis secara tidak rasminya tamat jam 10.35malam.


18. Dek tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan pengantin, tetamu yang hadir sanggup beratur panjang, dan secara rasminya, majlis selesai jam 12 tengah malam.


19. Para tetamu tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan artis yang hadir.


20. Skrin besar turut diletakkan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang luar untuk sama-sama melihat hari bahagia Yusry dan Lisa.

Sunday, February 19, 2012

Wedding Update!!

Salam b2b and readers

1. Veil telah selamat diserahkan kepada Pn Lijah (yeay!!)

2. Barang hantaran (check!!)

3. Dokumen saksi (check!!)

4. Cat bilik pengantin (daddy cool yg cat colour bitter lime.Yeay!!)

5. Guessbook n signage da siap. (Thanks kak farah!!)

Hurm tu je kot nak update. Hehehe. 69 hari lagi. Huhu

Wish me luck.

Love

Bella

Wednesday, February 15, 2012

Wednesday Rambling

Salam lovely B2B dan juga pembaca yang setia mahupon yang tersinggah sekalian.....(terima kasih dear)

Hari ni nak buat wordless wednesday kononnyer...tapi maklumla mulutku seperti jari jemari ku.. Satu celoteh satu menaip.. Hehehehe... Hari ni just nak share something yang B2B da biasa buat sendiri mahupon tempah.
.
.
.
.
.
.
.
BANTAL HANTARAN


Memula memang nak buat mcam kat atas ni. So calculate bajet sume boleh tahanla lagi pon memang niat nak bubuh fresh flower sebagai deco untuk hantaran nikah ni. Tapi masa blogwalking ex-b2b rilla terus jatuh cinta dengan hantaran beliau. Nak tengok x?  SIla scroll bawah ye
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada!!!!

Cantik kan??? Sangat KAGUM dengan hasil tangan beliau yang kretif. Berazam untuk menghasilkan yang cantik juga nanti. Hohoho.  Ok2 sebenarnya nak tunjukkan alas atas dulang tu. rilla telah menggunapakai cermin MALMA yang beliau beli di Ikea. Wow xpernah terfikir pon nak menggunakan bahan-bahan seperti itu. Sebelum ni memang ada b2b pakai piring@pinggan putih sebagai alas kan? Huhu.. terus idea nak guna benda yang sama untuk hantaran nanti. (tiru..tiru...) rilla xmara kan????? (buat muka cute sambil senyum)
Harga rilla dapat : RM2.90
Kalau beli dalam 10-15 masih dalam bajet lagi.

So misi sekarang nak mencari cermin MALMA seperti dia atas ni. Da inform My Other Half dan dia pon suke dengan idea tu. Weeeeee......kite pon sukela.... Hahahahahaha.... Tunggu masa nak serang IKEA je nanti. Tapi kena pastikan settle cepat sebelum My Other Half start outstation nanti. Lagi seminggu nak nikah barulah dia balik. Hukhuk. Xpela da keje nak buat macam ne kan.
Kata hati : Duit dahla tengah sesak nak tambah barang lagi. Eh bukan2......bukan nak  tambah barang tapi nak jimatkan lagi. Hehe..Sebenarnya malas nak deco kalau pakai bantal atau polisterin. Nak beli kain lagi. Deco lagi. $$$$$$$$   :-)
Okla nak balik da. Till then dear.
Love
Bella

Tuesday, February 14, 2012

Nervous....Wedding Prep Yang Tunggang-Langgang

Assalammualaikum n salam sejahtera....

Hati rasa berdebar bila tengok xbanyak masa lagi yang tinggal..(salahkan diri sendiri yang selekeh & serabut)

1. Baju nikah xbuat lagi (kain lace xcukup...hukhuk)

2. Kad kawen vendor salah print (nasib baik kesilapan material kad..so reprint guna material yang betul)

3. Thank you tag belum place order (da diskus tapi belum finalize design..sorry Lynda)

4. Belum jumpa Kak Mimi nak fitting baju sanding (tapi klu fitting sebulan sebelum boleh kan?/)

5. Veil nikah yang terbengkalai (nasib baik pn lijah sedia membantu...$$$$)

6. Bottle jar untuk doorgift kawan-kawan xbeli lagi (xde masa nak pergi..alasan ke???)

7. Dokumen nikah belum settle sebab xdecide nak amik sape jadi saksi (da siapkan sikit semalam)

8. Tudung nikah yang xde khabar berita (da call akak tu tapi dia cakap tinggal jahit manik je..hurm)

Okla xnak da list bebanyak lagi..kang bukan saya je sape yang baca pon jadi stress...

Hahahahahahahahahaha (dalam hati nanges takut xsempat siap)

Till next post y'all

Love

Bella

Monday, February 13, 2012

Monday Bluesss

Salam to all b2b and readers..

Entry sebelum ni agak emo sebab kain nikah xcukup lagi setengah meter.. (hukhuk..)

So sabtu lepas My Other Half ajak g Nilai 3 cari kain tu.. Tup tup kedai tu tutup plak.. Da stress time tu..

Kitorg pon pusingla satu Nilai 3 tu dari satu kedai ke satu kedai kain yang lain sampai lemah-longgar-lutut ni semata-mata mencari jeni n colour yang same tapi HAMPA KECEWA AKHIRNYA... :-(

Last2 My Other Half suh beli je kain yang ala-ala latok sama dengan kain nikah tu. Bila sampai rumah (dibawah sinaran lampu putih n terang) barula perasan baju tu gelap sedikit berbanding dengan baju nikah. Owh man... buntu seketika. My mom pon cakap xsama ni so dari membazir mama suh patch lace tu kat veil.
Hurm nak xnak kena d.i.y ni. Hopefully it turn out BEAUTIFULLY..(harapan bride-to-be)

So, next time peringatan diri sendir kena call tanya kedai buka ke x sebelom pergi. Actually semalam baru jumpa plastik beg kedai tu bawah katil. Hahaha silly me...

Pagi ni abah da pesan suh siap2kan dokumen nikah sume. Part lelaki da settle tinggal pompuan je belum sebab xdecide lagi siapa nak jadi saksi. Minggu ni MESTI siapkan. Insya allah.

Pasni nak confirmkan dengan beberapa vendor sebab rasa macam xdpape je. Nak fitting semalam pon xjadi. Haish ada je kekangan dan halangan. Semoga dipermudahkan urusanku ya Allah.

Okla malas nak membebel panjang lagi. Enjoy your monday peeps!!

Love

Bella

Saturday, February 11, 2012

Sedih mode :-(

Short update.. Mode sedih

Tadi tailor call bgtau lace untuk baju nikah xcukup. Kena tambah lagi 1/2 meter. Mana nak cari? Saya da keruncingan bajet. Stress sgt sebab xsangka plak jd mcm ni. Hurm serabut arr. Nak nages je rase. Ya allah tolongla permudahkan urusanku

Monday, February 6, 2012

Free Fresh Flower Hand Bouquet Contest

Salam Maulidur Rasul to all b2b and readers..

Hari ni nak join satu contest yang dibuat oleh ex-b2b Puan Intan

What to do? Just simple one..
  1. Follow my blog http://choclairissa.blogspot.com/  : Done
  2. Write most creative entry in your blog and/or your Facebook in Malay or English - why we have to choose you as the winner?
  3. Share contest banner in your blog entry or Facebook. Done
  4. Drop your link at below comments column form or mail to choclairissa@yahoo.com.sg for our evaluation.
Terms and conditions:
  1. Malaysia future brides in 2012 (earlier the better) - April 2012 (earlier right puan intan??)
  2. Applicable to future brides within Klang Valley and Terengganu (subject on availability to maintain fresh flowers qualities) I kat Banting, Selangor (consider Klang Valley kan??)
  3. Latest submission : 14 February 2012.
  4. The judges' decision is final and no correspondence will be entered into. Choose me please!! Perasan!
  5. By entering this contest, you are deemed to have read and agreed with these terms.
Ok. Rasanye syarat yang penting da dipenuhi. Marila mari kita check-it-out why Puan Intan memilih saya sebagai pemenang. p/s : entry seterusnya mungkin akan memenatkan..so sila bertahan!! chaiyok!!

First:-

I want to support business from ex-b2b

As i know, Puan Intan ni sangat suka share about wedding tips or idea with us through her blog. Then one day masa I baca blog dia (refer sini kawan-kawan) saya xsangka yang Puan Intan telah berjaya menghasilkan handbouquet yang sangat cantik. Bukan memuji sampai ke bintang ye cuma menghargai hasil kerja Puan Intan ni. Yep i know and she also know that there are room of improvement and lesson learnt but the important thing you shoul know is
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mana tau one day she would be one of the famous Wedding Planner kat Malaysia ni kan?? Amin.....
Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama... So,I hope this is her baby step for another more brightness step in her future. Amin..Amin..



Secondly

I adore her handbouquet wedding


Ok. Maybe it is a lil bit annoy but seriously I really adore her handbouquet. Simple and classy look for me.
Nowdays kan b2b out there prefer something new and diffferent. But for me just something like that can add some EXTRA GORGEOUS masa nikah nanti. Feeling like a princess gitu. (drama queen betul minah ni!!)
I really love red roses sampaila masa konvo dulu pon mintak dapat chipmunksbouquet kot sebab bunga rose tu lima kuntum je dibawah vontot chipmunks. But thats satisfy me a lot coz it given from someone that i love..(love u sayang!!) Since then, i told my mama yang wedding i nanti i nak red roses yang banyak masa nikah. So that I akan nampak lebih outstanding dari orang lain (see..again drama queen mode datang) ..

Thirdly

Just trying my STAR luck!!

What i can say is that if i win this it will be my REZEKI for my wedding..huhu.. So, Puan Intan feel free to choose me as one of your winner (sila jangan malu-malu pilih b2b yang memang xmalu nak menang ni)
Hahaha.. i think thats all yang i nak share dengan semua. Once again, im not an extraordinary or creatively to design meletop post coz i am simple bride to be.(xsemua simple kot..ahak!!)

So, till the revealation of the winner from Puan Intan and i guest i stop here.

Love

Bella