Friday, December 30, 2011

Kad Kahwin by Artchetak

Salam Jumaat.....
Sonoknye kan minggu ni cuti panjang lagi.. yeay!!!!
Hari ni nak cite pasal satu vendor kad kahwen ni..
Actually memula dulu eksited nak booking la konon tapi
en tunang cakap hold dulu.. hukhukhuk
(sangat xsabar pompuan ni..sekian)

So b2b sekalian check this out website bawah ni :-

Ada pelbagai pakej yang bole b2b budget (macam saya) bole pilih :

Kat sini saya selitkan kad-kad hasil sentuhan Gift by Print ni :-


Concept :- Minimalist, Romantic & Sweet


Concept : Polka dots, doily & birdies


Okla setakat ni sebab komputer ni lembab lak nak upload gambar2 kad yang menarik dari dorang ni.
Apapun jangan lupe cepat2 grab mana2 yang da berkenan kat hati memasing dengan budget yang
korang da tetapkan.  Insya allah artchetak akan sedia membantu b2b di luar sana yang masih tercari-cari atau pon masih mencari-cari vendor untuk kad kawen mereka macam saya jugak.

Any inquiry, please email at enquiries@artchetak.com

Salam mesra dari saya yang masih mencari-cari...... bye!!!

Happy New Year 2012
.
.
 .
.
.
.
.
.

Love

Bella







Monday, December 26, 2011

End Year Random Giveaway


Disebabkan xdapek nak lelapkan mato den ni.. moh le kite join GA bawah ni di :-



So, pada kome2 sume yang rasa nak join GA ni join jela ye.. toksah la nak pendam lelama dalam hati nun tu bole menang ka xbole menang ka kang tup tup da expired date. Rugi kan??? Teman pon mencube nasib gak samela dengan kome sume sebab selalu xbernasib baik. hahaha
.
.
.
.
.
.
.
Selamat mencube nasib yeop!!!
.
.
.
.
.
Nite. you. all... :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Love,

Bella

Sunday, December 25, 2011

Bad And Good New!!

Salam to all peeps!!!

 Terima kasih pada yang sudi baca blog bella ni..  (sambil lambai2 tangan salam perkenalan)


Hari ni nak share "benda" yang terjadi dalam hidup bella sepanjang last week. (sila rujuk gambar di atas)

Pertama sekali.. kite cite pasal yang buruk dulu la ye.. Actually bukanla nak kata buruk tapi benda da takdir

nak jadi nak buat macam ne kan.. Perkara ni terjadi pada tunang bella.. Dia accident masa otw balik rumah

dia di Puchong. Ada kereta yang nak U-turn kat tempat yang dilarang so tunang bella ni xdapat nak elak

motor tunang bella pun rempuh kete brother tu. Alhamdulillah xde kecederaan serius cuma muka n

tangan tunang bella tu bengkak skit n luka-luka jugakla. Masa dapat berita tu tengah layan customer kat

bank terus jadi cam blur. Huhu. Masa tu Allah je yang tahu hati dan fikiran ni bergelodak macam2 hal. 

Rasa xmenentu je nak buat keje pon da xtentu arah. 

Tak lama pastu....(jeng..jeng..jeng) dapat call dari HQ nak cakap dengan bella. Bella da la tgh blur masa tu

pon jawab xfokus. Pegawai tu cakap nama bella telah di'recommend' untuk kenaikan pangkat. Memula 

dengar macam khayal je terus tanya pegawai tu "Encik, you serius ke ni?" Pegawai tu pon jawab dengan 

selamba " Saya pernah tipu awak ke" Hahaha tu la padan muka sendiri tanya soalan cepumas camtu.

Then, macam2la soalan yang ditanyakan.. antaranya kalau dihantar ke cawangan lain (dekat giler dengan rumah)

ada isu ke....xpon kalau da kawen nak ke tempat lain ke.. Dalam hati time tu memang rasa nak menjerit

gembira je rasa tapi control ayu lagi..hahaha.. Ya allah bella rasa bersyukur yang teramat sangat. Ini ke yang

orang selalu cakap rezeki orang nak kawen? huhu.. Ye bella tau benda ni belum confirm tapi kalau ada

rezeki bella ni rasanya penantian bella selama ni xsia-sia. Hanya allah yang mengetahui apa yang terbaik

untuk kita. Then terus inform kat bos, tunang, mama n abah. (excited giler!!!) Petang tu bella saje balik

awal dari opis ajak mama n abah g Puchong lawat tunang bella. Sedih tengok tunang bella jalan hencot2

time tu. Dalam mesej petang tu pon klu bole dia minta bella jenguk dia. He said he needs me that time.

So sweet la cakap camtu terus meruntun hati jiwa raga (hehehe) nak pegi tengok dia gak malam tu. Huhu.

Xpela walaupon xdapat nak buat pape untuk bantu at least dia tau bella ada untuk support dia time dia susah

dan sakit camtu kan (bukan time senang je minta macam2..hehe)

Apapun bella harapkan sinar harapan baru ni akan terus menjadi kenyataan untuk tahun baru 2012.

Dan kepada tunang tersayang (saya tau awak baca blog saya ni) semoga cepat sembuh n selamat cute

kembali sebab da xhensem(hahaha..gurau je syg) dan saya ada setia disisi sentiasa.

Love,

Bella






  

Friday, December 23, 2011

Giveaway First Opening Dippy Lyn’s Collections



Salam Jumaat.. :-)

Hari ni marila kita sama-sama join giveaway seperti yang tertera di atas.

Syarat-syaratnya seperti berikut :

1. Peserta mestilah seorang blogger

2. Peserta mestilah seorang follower blog beeflyingtohoney

3. Buat satu entry bertajuk Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

4. Letak banner di atas ini di blog anda

5. Tag 2 orang rakan blog anda
 6. Letakkan link entry post anda di bahagian komen blog tersebut

7. Siap !!

 (Note : Pemenang akan dipilih dari random.org )

Semoga berjaya!!!