Thursday, July 12, 2012

KEHIDUPAN BERSAMA BERDUA BERMULA

Salam Khamis semua....

Da lama meninggalkan blog ku ini adoii. Hahaha. Hari ni puasa ganti sebelum masuk ramadhan (jangan ikut perangai aku ye kawan-kawan )Salahkan kesibukan mengemas dan membungkus barang nak masuk rumah sewa (penat wey).. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan setengah memanjakan diri di rumah mama n abah ku.. tiba lah masanya untuk hidup sendiri berdua menghadapi dugaan mendatang (chewahh ayat ko kan).. Jujurnya perasaan berbelah bagi.. teruja, takut, bersalah, dan etc etc membuat keputusan untuk masuk ke rumah sewa ni. Setelah membuat perkiraan yang jitu kononnyer.. keputusan ini yang terbaik buat kami berdua.. berat hati nak meninggalkan rumah mama abah syurgaku itu..warghhhh takutnya tak dapat handle kehidupan berdua ini.. Selepas ini rumah sewa itu bakal jadi syurga kami berdua pula.. senang..susah.. selesa..terkurang.. kena tanggung sendiri dan banyak bersabar. Sedih pulak bila baca balik ayat tu. Owh kami belum betul-betul pindah lagi sebab nak touch-up sikit sebab penyewa sebelum ni meninggalkan rumah tu dengan CANTIK SEKALI youuuu!!! Adoyaii... Xpela kami slow2 kemas n bersihkan mana yang patut. Tuan rumah a.k.a pakcik hubby bagi bajet untuk cat balik rumah tu dan repair yang asas. So ni antara yang kami buat untuk rumah kami :- (gambar akan di upload kendian ye)

1. Ruang tamu :
Kami decide nak cat colour kelabu n merah  (feature wall giteww). So kami amik warna Oyster Grey untuk dinding keseluruhan rumah kecuali di bilik yang ada. Kiranya dinding luar, ruang tamu, ruang dapur dan bilik air di cat kelabu. Tapi warna ni tak gelap sangat tak cair sangat. Untuk dinding pemisah antara ruang tamu dan dapur kami decide cat merah saja nak nampak kontra. Akhirnya hasil yang menyedapkan mata dan hati kami. (ada rupa rumah pon akhirnya). Lepas ni tinggal pasang tv dan deco sikit-sikit untuk ruang tamu kami. Sofa memang kami decide beli kemudian sebab hubby cakap yang utama benda-benda penting settle. Alhamdulillah. ;-)

2. Ruang dapur
Ruangan kegemaran saya!! Hahaha excited lebih sebab tak sabar nak cuba masakan baru untuk my hubby.. Eh, jangan terpedaya saya tak pandai masak pon tapi untuk mengenyangkan perut insya allah takdelah sampai cerry-berry ye. Hehehe. Ok benda wajib iaitu peti ais (hadiah dari my lovely uitm buddy) telah selamat berada di posisi yang sepatutnya setelah berbulan-bulan terperuk dalam kotak. Comel je macam kami. Hahaha perasan gila!! Sila maafkan tuan blog yang sengal ni. Pastu kami beli tempat sinki yang baru since sinki yang lama bagai retak menanti rebah ke bumi je nengoknyer adoii. Lepas tu kami beli rak dapur (xtau nak panggil ape sebab bukan kabinet pon) dan almari serbaguna (untuk letak pinggan,mangkuk,cawan gelas,periuk, kuali,toaster dan macam2 lagi la.) Kira ruangan dapur hampir sempurna semuanya. Oh ye meja makan untuk empat orang mak mertua bagi kami. Walaupon bukan baru tapi kami sabgat bersyukur dan berterima kasih sangat. Thanks mak!! Lepas ni pandai-pandaila saya nak mengatur ruangan dapur tu. Harap-harap berjaya dari merosakkan dapur dah lerr. Chaiiyokk!!

3. Bilik tidur, bilik tamu dan bilik baju + stor
Ok untuk bilik tidur kami cuma letak katil, meja solek n meja tepi untuk lampu tidur. Ruang dalam bilik tidur adalah terhad so hubby bagi cadangan almari kami yang besar (pada kami) letak bilik belakang a.k.a bilik ketiga sebab bilik tu paling besar. Saya kena pastikan bilik tidur kami selesa dan ada ruangan untuk solat juga supaya takdela nanti nak solat bergesel dengan tiang katil pula. Untuk bilik kedua a.k.a bilik tamu pula kami akan letakkan katil bujang dan meja study kepunyaan hubby dulu. Toto dan bantal extra pon maybe kami akan letak sekali supaya senang kalau-kalau ada tetamu yang datang bole tidur situ ataupon baring-baring di ruang tamu. ;-) Untuk bilik ketiga pula kami letak almari pakaian, kotak2 hadiah buat masa ni. Last week ada beli ampaian besi yang tampal dinding tu kat kedai cat. Cadangnya nak pasang dalam bilik tu sebagai tempat gantung baju kerja yang sudah digosok dan baju basuhan yang belum sempat dilipat. So xdela kromox baju-bajuan dek kerana kerajinan puan rumah sewa ni kan. Hehe. Nak beli almari lagi rasa macam tak berbaloi n takde bajet pon (sonang citer) . Berangan nak beli almari kayu kat ikea untuk susun kotak2 hadiah kawin tu..insya allah ada rezeki akan datang kan. Amin

4. Bilik air dan ruangan basuhan
Lepas dicat kelabu hari tu nampak ekslusipnyerr adoii bilik air aku. hahaha. kira xdela nampak teruk sangat dipandang orang. Cumanya pintu bilik ait tu da tercabut pulak. Hubby cakap xpela kita berdua je pon dalam rumah ni. EH memeyla hubby oii tapi kalau tetamu nak guna nanti diorang cakap hati rasa malu (gaya najwa latiff) Hehehe.. Kolah air plastik kami gunakan untuk tadah air sebab sebelum ni pakai kolah batu tu pastu abang ipar yang cabutkan. Gagah abang2 iparku ye. Hehehe. Tinggal nak cari rak atau baldi jela bubuh barang dalam bilik air tu nanti. Ruangan basuhan pula cadangnyer nak buat tepi pintu belakang tapi tak pasti lagi. Msin basuh pon belum beli lagi so nanti da betul-betul duduk baru kami beli yang termampu kami. Nak cari ampaian baju plastik macam rumah mama letak kat luar. Nasib baik ada ruangan kat tepi pintu depan so kalau hujan idokler lencun bajuan kami iteww.

5. Lain-lain
Barangan basah mahupon tak basah (toileteris) hubby pesan awal-awal beli bila da masuk rumah nanti. So sekarang ni aku pon buatla senarai mana yang patut dan perlu dibeli. Tapi kompom hubby potong banyak nanti. Hehehe jangan marah sayang!! Minggu ni minggu terakhir memanja dirumah mama n abah akan ku gunakan sepuasnya peluang ini.. hahahaha... Ohye aku baru perasan minggu lepas pindah barang rumah minggu ni pindah barang opis pulak. So aku namakan mingguan berpindah (sebab dua minggu berturut-turut)
Sabtu ni semua orang dikerah (dipaksa) bekerja untuk bagi ruang renovation opis ni. Haishh memekak n berdebula jawapnyer. Okla itu je buat masa ni. Nanti kalau rajin aku upload gambar rumah ye. Babai.


Love

Bella




Saturday, May 26, 2012

Review Videographer Nikah : Wira Visual

Selamat malam semua... :-)

Nak tau tak sekarang ni kat mana? kat opis hubby wey.. teman dia buat tender dengan geng-geng opis dia. Hurm nak buek cmano da nama pon isteri kena la follow suami..huhu.. Ok lupekan citer tersebut. Sekarang ni ada internet yang sangat laju marilah kita mengambil kesempatan dengan buat review videographer nikah saya yang lalu. Hahahaha (gelak jahat)


Our Official Solemnization Videographer


Officially suami dan isteri :-)

Ini adalah hasil Abang Wira semasa malis akad nikah kami 28 April 2012 yang lepas. Memang sengaja minta abang wira siapkan lambat sedikit dari yang sepatutnya sebab majlis kami tak memerlukan slide show untuk tontonan. So dalam masa seminggu abang wira amik masa untuk edit dan poskan semua material kepada saya. Komen tentang abang wira?? 

1. Sangat menepati masa
Abang Wira sangat-sangat (ulang suara) menepati masa ketika majlis nikah berlangsung. Kami hanya berurusan melalui email sahaja dan seminggu ke dua minggu sebelum majlis saya remind dia (padahal tak payah remind pon takpe rasanye) tapi yang penting kalau ada apa-apa perubahan kena maklumkan segera kepada beliau supaya memudahkan urusan majlis tersebut. Abg Wira start shoot dari saya mekap di rumah dan nikah majlis di masjid kembali ke rumah semula. Nikah saya start pukul 3.00 petang tapi lepas zohor abang wira da terpacak di rumah saya dan start shoot skit-skit sepanjang majlis kami. Lepas shoot saya mekap abang wira terus ke masjid untuk prepare shoot nikah pula. Lepas nikah kami terus balik rumah untuk upacara batal air sembahyang di pelamin rumah. Hehe... tapi abang wira tetap maintain gagah shoot majlis kami.


2. Mudah diajak berbincang
Jujurnya saya senang berurusan dengan abang wira sebab dari mula perkenalan kami lagi beliau sangat baik hati dan bertolak ansur dalam isu pembayaran deposit dan bayaran penuh. Sebagaimana yang sedia maklum (amboi skema ayat ko) saya ni BUDGET BRIDE tapi teringin sangat nak hire videographer yang creative dan sweet untuk majlis akad nikah. Bila baca review dari blogger KINA a.k.a Shakina Farhan tentang abang wira ni terus jatuh hati dengan hasil kerja beliau. Suami saya pon setuju dngan cadangan saya ketika itu. Namun kekangan kewangan tidak mematahkan semangat kami untuk hire dia. So saya cuba merisik khabar kalau-kalau dia bersetuju kami buat bayaran secara ansuran dan alhamdulillah dia setuju tapi yang penting sebelum majlis mesti da settle.Hehe.. pelanggan yang sangat demand tapi alhamdulillah abang wira rajin melayan dan senang diajak berunding.

 3. Sangat lawak dan mudah mesra
Hahaha..ntah pape point kan tapi serius abng wira ni sangat lawak giler. Masa memula dia masuk bilik saya tengah mekap saya nervous gak la sebab pertama kali jumpa but then terus ketawa je sepanjang mekap sampai kena marah dengan MUA kak amy zalini. hahaha.. dari nervous terus happy je sepanjang majlis. tipula tak rasa sedih masa akad nikah tapi rasa gembira lebih menguasai diri (gatai ko kan nak kahwin. hehe...) kira abang wira secara tidak langsung mengurangkan debaran perasaan ketika itu. Keluarga saya pon memberi komen yang sama tentang abang wira. My mom siap pack kan makanan untuk abg wira since abang wira tak makan pape sepanjang majlis. hehehehe...

Now nak tunjuk material yang kami terima baru-baru ini :-

  
Okla setakat ni review videographer kami untuk majlis pernikahan kami.

 So b2b yang masih mencari-cari videographer untuk majlis korang boleh la contact abg wira ni and deal dengan dia sendiri. Insya allah hasil kerja beliau berbaloi dengan apa yang anda akan bayar. Alert dengan promosi yang abang wira buat sebab saya pon grab promotion end year 2011. 

check this out !!
.
.
.
.
.
.

till then



Love



Mrs Bella  :-)


Monday, May 14, 2012

Alhamdulillah sudah bergelar isteri .. ;-)










Genap 17 hari bergelar seorang isteri

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syukur dan sujud kepada Allah di atas segala nikmat dan kebahagiaan yang baru dikecapi.

Hari ini juga genap 7 tahun sejak kami berkenalan sejak 14 Mei 2005

Bermula sebagai rakan biasa sehingga kami selamat berumahtangga.

Majlis perkahwinan yang sederhana tapi meriah selesai sudah dengan jayanya. Yeay!!

Doakan kami sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran mendatang ye. Insya Allah.

p/s : akan usaha untuk review majlis saya yang simple itu. simple ke?? tungguuuuu.....

Tuesday, April 10, 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

Salam Mesraaaaa......

Yeay esok cuti!!!!

Berehat di rumah lah gamaknyer.. Hari ni nak join satu giveaway dari Magnolia 

Saje je suka-suka masuk mana tau ada rezeki aku kan??? (emo sebab xpernah menang giveaway..haha) 

So jangan ke MALU-maluan untuk mencube ye..

saya nak ini
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


So apa tyunggui lagi aduiii..hahaha

Good luck you all





Love




Bella

Thursday, March 29, 2012

30 hari lagi

Quick update : 1. Borang nikah dah settle. Yeay!! 2. Doorgift extra telah selamat ditempah. Alhamdulillah. Ke Muar la kita nanti ye. Huhu 3. Set bilik pon da confirm nak bubuh kunci kat pintu almari. Saja untuk keselamatan. 4. Da beli set comforter untuk kegunaan kami selepas kahwin nanti. Haha semangat je awal2 ni. 5. Tengah kira bajet untuk hiasan hantaran guna fresh flower nanti. Tentunya ros merah klasik. 6. Catering wedding sama catering pertunangan dlu. Mama handlw. 7. Baju nikah da siap. Xbole teaser sebab nak surprise My Other Half. Hoho 8. Kad jemputan pon da selamat diedar mengikut peringkat. Letih woo Okla see u next post. Muahxxx. Love u Bella

Wednesday, March 21, 2012

Khemah dan Katering - done!!

Hallo to all b2b and readers.. not to forget my lovely small followers (huhu..terharu)

Alhamdulillah malam tadi sesi perbincangan bersama vendor khemah dan juga catering masa wedding nanti telah mencapai kata sepakat. Setelah beberapa perubahan secara tidak langsung bersama mama n abah sebelum ini telah mencapai kata putus. Berdebar gak la kan sebab memula abah cakap vendor tu a.k.a en nasir sendiri sebernarnya nak berjumpa dengan saya secara bersemuka. So perbincangan bermula 8.30 mlm sehingga 9.30mlm (sbb en nasir nak g main badminton. hahaha)

Antara beberapa soalan yang telah diajukan dan jawapan malam tadi:-

1. Harga untuk sebuah khemah : berkelambu / kosong (6 kosong 1 kelambu)
2. Kerusi : sarung / tidak sarung serta harga per/kerusi (saya nak sarung sume biar nampak kemas)
3. Meja : 8 @ 10 org untuk satu meja (8 orang supaya xbegusti lengan ketika makan. kawasan sempit)
4. Lampu : xnak yang berjurai2 bagai (lampu comel je sebab atas khemah pasang kipas)
5. Kipas : yang biasa atau pon kipas ais batu (dua2 amik sebab en nasir offer murah)
6. Meja beradab : bentuk U atau lurus je (lurus je sbb mama nak nampak kemas)
7. Meja V.I.P : nak amik dua meja (done)
8. Hiasan meja beradab dan meja tetamu : d.i.y sendiri (so cakap xnak kat en nasir n di apon ok je)
9. Berapa khemah yang diperlukan : saya nak 7 je.(sebab tengah2 khemah makan berabad)
10. Tema warna khemah : Merah + cream (hurm xmo tukar2 dah)
11. Free gift : khemah kecik untuk letak doorgift , free makan meja beradab (sebab amik catering sekali), meja potong kek, meja utk letak doorgift, kipas ais batu untuk khemah beradab je. (en nasir ni klu bole sume dia bagi kot..hahaha)
12. Karpet merah : laluan pengantin dari rumah ke meja beradab je. (xconfirm lagi masa pasang baru decide)

Alhamdulillah setakat itu saya berpuas hati walaupon kadang saya ni cerewet tanya itu ini atau kadang2 merepek pertanyaan en nasir akan jawab dengan sempoi. hahaha. saya memang mcm ni selagi xpuas hati saya akan tanya wpon benda tu remeh je. lepas tu setiap apa yang en nasir cakap atau janjikan saya akan rekod n tulis dalam buku nota saya. Penting tu you all sebab nanti xdela timbul isu pada masa depan. Pasal catering n senarai lauk saya serahkan pada mama n abah untuk decide. En nasir cakap lagi 2 minggu baru jumpa balik untuk confirmkan lauk pauk, bajet orang yg datang n bayar depo 50%. Alhamdulillah yang dapat saya ucapkan sebab En nasir bagi harga yang sangat bebaloi dengan bajet saya wpon saya tau harga asal dia lagi tinggi. Kire macam sponsor mengurangkan beban pengantin. Tapi sedih skit sebab ingat nak amik kat makcik yang masak masa bertunang dulu tapi nak wat macam ne belum ada rezeki kami dengan beliau. 
Ada sebab kenapa abah memilih En nasir untuk catering sekali. Xpela doakan la ye semoga majlis berjalan dengan lancar n baik.

p/s : lepas ni nak share pasal doorgift yang telah berubah plan. huhu. harap2 dipermudahkan urusan.



Love
.
.
.
.
.
.
.
.
Bella

Monday, March 19, 2012

Im not feeling well right now

Salam monday bluess....

Tapi saya xbluess pon.. badan sakit2..hangat pon ye..tekak da pedih dari malam tadi...

Ingat nak MC je tapi gagahkan diri jugak keje ni.. Harusla kan sape nak ganti keje yang berlonggok tu.

Bukan ada sesiapa pon nak ganti kerja saya sebab tu kalau cuti kena fikir banyak kali. huhu

Nak update wed pre je setakat semalam :-

1. Kasut Nikah - done

Kasut nikah da beli. Yeay!!! Alhamdulillah jumpa jgk yang berkenan dan underBUDGET. Huahua.
Semalam pergi JJ Bkt Tinggi sajela cuci2 mata dengan My Other Half. Masuk SUMMIT dan jumpa yang berkenan dan underBUDGET (saje ulang2 cakap..) warna PUTIH you all.. yippeee!!! xsampai RM100 dan ada LESS % lagi. Wahhh!!! Lagila mak sukeeeeee!!! Ok jangan nak over-the-top sangat. Gambar xde xebab kat handfon. Xpe nikah nanti kasi tunjuk ye..(ada ke sesape nak tengok?? malu....)

2. Tukaran venue nikah

Seperti yang sedia maklum checklist sebelum ni ada nyatakan venue nikah akan dibuat dirumah kan??? Now telah bertukar ke masjid jamek pula. Keputusan dibuat setelah perbincangan dan pandangan semua pihak diambilkira. Hurm..terus maklum videographer maklumkan perkara tersebut. Alhamdulillah dia pon xkesa sebab pernah shoot kat masjid pon sebelom ni. Lega disitu cumanya nak adjust balik flow majlis. Hurm kena bincang dengan FM saya la nanti. Siapa FM saya? tunggu......haha saje nak usik2

3. Pertambahan doorgift

Sebelum ni da siap booking doorgift untuk tetamu kat Shawqi's tapi dalam 1000pcs cmtu. Masa borak2 dengan mama, tetibe mama cakap "Cukup ke doorgift kita ni ye? " Saya po cuak gakla terus kira-kira sendiri. Last2 decide nak beli extra lagi doorgift supaya time majlis nanti xdela memasing mengelabah doorgift xcukup kan. So nanti akan ke Nilai 3 semula untuk cari bahan2 yang diperlukan. Hurm.. its about money matter again!!

Okla tu je rasanye. Mata da berat tangan da lenguh kaki da menggigil sejuk. Ada masa update lagi ye.

Love



Bella 

Friday, March 16, 2012

Sharing is Loving

Salam Jumaat

Hari ni nak share sesuatu dengan wanita seluruh dunia yang bakal melangsungkan perkahwinan pada masa depan sebgaia panduan berguna. Kami pon masih berusaha membaiki diri sendiri. ;-)

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1.     Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2.     Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3.     Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4.     Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5.     Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6.     Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7.     Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8.     Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9.     Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Monday, March 12, 2012

Veil dah siap

Hallo...!!!!

Gembira nye tadi pn lijah call nak hantar veil arini.

Xmo teaser2 la sebab pn lijah pon da tunjuk kat blog dia. Hoho.

Jom tengok gambar :-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(bahagian atas kepala)

(keliling veil dengan butiran manik)


(bahagian bawah)


(beading hasil tangan puan lijah)


Alhamdulillah setakat melihat di alam maya saya berpuas hati (he..he..) sebab akhirnya veil idaman menjadi kenyataan.Walaupon sekadar veil tapi saya rasa tanpanye xsempurnalah majlis saya nanti kan. Okla wedding update setakat hari ini. Semoga progress berjalan lancar lepas ni. Amin.

p/s : xsabar tunggu 5.30 puan lijah nak datang. Yipeeeee!!
Till then love,



Bella

Friday, March 9, 2012

Bertahan @ Berundur??

Salam wanita seluruh dunia ...  :-)

Sejujurnya sekarang aku da xde mood nak keje kat sini lagi..

Aku nak je berhenti kalau boleh.. Da bosan wey! Bosan! Bosan! Pufff

Ok fine aku tau aku emo skit (eh banyak kot) hari ni. Da banyak kali kot aku pegi  internal interview tapi

xdapat gak. Bodoh benar ke aku jawab soalan? Ke dorang cari yang cun je ek? Hahaha.. Lol.

Ok xpela kalau da xelok dimata orang baik blah jela kan dari company ni tapi mengenangkan nak kahwin

terpaksala bersabar. Salah aku ke?? Ya allah tunjukkanlah hikmah Mu. Memang rasa down giler2 ni.

Hurm keje berlambak xkesala tapi macam xdihargai jek. Haish! 

Xpela dugaan Allah pada hambanya. Insya allah aku cuba untuk redha dengan ikhlas hati bukan dibibir je.


Yang meroyan,

Bella 



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Salam Jumaat semua..

Bella nak share sesuatu yang menarik buat mommy-to-be sebagai maklumat berguna

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Subhanallah!! Sesungguhnya sangat beruntung pada wanita yang dapat merasai kepayahan dan keperitan waktu mengandungkan zuriat mereka. Allah sentiasa menjaga dan memelihara selagi mana kita taat pada Nya. Semoga satu hari nanti Bella dapat merasai dengan izin Allah jua.


Till then



Love





Bella

Wednesday, March 7, 2012

Rabu Merindu Tanpa Bicara


I am 
.
deeply
.
madly
.
crazily
.
missing
.
you
.
 My Other Half
.

:-(



P/s : Mood pompuan meroyan TURN ON sebab serabut dengan kerja berlonggok dan wedding prep. Huhu.


Love

.
.
.
.
.
.
.
.


Bella

Tuesday, March 6, 2012

Merapu Raban Je..

Salam semua...

Dah lama rasa xupdate blog. Hampir bersawang rasanye ni. (Fuh..fuh.. tiup sawang yang berterbangan)

Tinggal lagi 53 hari je sebelum ambang perkahwinan. Huhu.

Perasaan da mula berkecamuk (eh bukan xsuka tapi berdebar la...) dengan segala persiapan yang bercelaru.

Cheklist yang bole di zaass!! :

1. Tarikh2 penting
~Nikah : 28 April 2012
~Resepsi : 29 April 2012
~Bertandang: 6 Mei 2012
2. Theme & concept:
~Nikah : soft silver + putih
~Resepsi : cream + red + white
~Bertandang: purple + white
3. Legal documents:
~Kursus kahwin: DONE
~Hiv Test: DONE
~Borang Kebenaran Nikah: belum lagi
4. Venue
~Nikah : Rumah
~Resepsi : Rumah
~Bertandang: Rumah My Other Half
5. Catering/Canopy
~Nikah : DONE
~Resepsi : DONE

6. Pelamin
~Nikah: D’Surya Bridal
~Resepsi : D’Surya Bridal
~Bantal nikah extra : Kasih Collection
~Pintu gerbang : Kasih Collection

7. Photographer
Nikah : FM Signature
Resepsi : FM Signature
~ Note : belum bayar booking lagi ~

 
8. Videographer -
Nikah :Wira Visual (baki bayar end of Mac)

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Mak Aji (in progress)
-Tudung: d.i.y
-Veil: Pn Lijah
-Shoe: *pending*
Resepsi:
D’Surya Bridal - deposit RM200
-Dress: songket merah moden (perlu alteration n last fitting)
-Tudung: kak mimi nak cari tudung lain
-Veil: net version
-Shoe: done
-Accessories: done

10. Makeup - deposit RM50
Nikah: Amymizzalini
Resepsi: D’Surya Bridal

11. Doorgift
Resepsi:
- Friends /VIP doorgift(300): bottle jar ~belum beli kat Quality Pack
~ tq tag – done (tali untuk ikat cari kat Daiso)
~bunga telur – mak uda sponsor kat pelamin
~bunga telur – cik yah sponsor bagi pada v.i.p
~bunga telur – mama d.i.y untuk family hby
-Guest doorgift (): kek marble pecah lima kat Shawqi’s - deposit RM300

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar
Nikah: DONE
Resepsi: DONE
13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9



For bride:
1.    Mas kahwin & Gelang - done
2.    Handbag & Shoes- done
3.    Handbag & Shoes - My Other Half handle
4.    Jam tangan- done
5.    Sireh Junjung - done
6.    Set toiletries- done
7.    Set Mekap - done
For Groom

1.    Shades - done
2.    Kasut - done
3.    Kemeja + seluar  – belum beli
4.    Jam tangan - done
5.    Set toiletries - done
6.    Jam tangan- done
7.    Sireh Junjung- done
8. Kek - done
9. Cincin - belum cari (ada idea??)
~ To decorate: Mama n Julia ~
14. Cincin/ Gelang kahwin
For her: gelang- done
For him: cincin – belum cari

15. Invitation Card
Resepsi: Member My Other Half - done
~Balance: FULL PAID

16. Cake
Resepsi: Mak Yong (pending)
meja kek : Mama

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah:DONE
Tok Kadi - Ustaz Aziz
Resepsi: DONE


18. Hand bouquet
Nikah: d.i.y
-Types & colors of fresh flower: Roses + orkid
Resepsi: D’Surya Bridal
-Types & colors of fresh flower: Roses

19. Guest List
Nikah: random (500 invitees)
Resepsi: 1000 invitees.

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Abah handle
Kompang: Wak Zenin
PA system: Abah handle
CD of songs: Abah handle

 
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids
Bridemaids: Kak Bety
Bridemaids dress: DONE
Bestman : Je Azril
Bestman suit: DONE

22. Dresses for family
Nikah :DONE
Resepsi:DONE



23. Bilik pengantin [Famista Trading]
Katil: - done
Decoration: pasu untuk isi bunga segar
Dressing table : - done
Side Table : - done
Lampu : done
Langsir : - done
Carpet : done

24. Signage *kene design ni
Resepsi:belum buat 
Location:belum buat
Design: belum buat
Printing: belum buat 
Welcome sign & Easel: My Other Half handle
25. Inai ~ Kak Norish (booking RM30)

26. Honeymoon
Date: *pending*
Location: Penang
Transport: My Other Half drive. Yeay!!
Accommodation: Hard Rock Hotel Penang

27. MISC
Guest Book : Scrappaerclip
Guest Book singage : Scrappaerclip
TQ Tag: creative by lynda

Cukupla kot buat masa ni. xjadi nak zass mana yang da siap takot terlepas pandang so kita kasi highlight kuning je k. Hehehe

Till then.

Love
.
.
 .
.
.
.
Bella