Thursday, March 29, 2012

30 hari lagi

Quick update : 1. Borang nikah dah settle. Yeay!! 2. Doorgift extra telah selamat ditempah. Alhamdulillah. Ke Muar la kita nanti ye. Huhu 3. Set bilik pon da confirm nak bubuh kunci kat pintu almari. Saja untuk keselamatan. 4. Da beli set comforter untuk kegunaan kami selepas kahwin nanti. Haha semangat je awal2 ni. 5. Tengah kira bajet untuk hiasan hantaran guna fresh flower nanti. Tentunya ros merah klasik. 6. Catering wedding sama catering pertunangan dlu. Mama handlw. 7. Baju nikah da siap. Xbole teaser sebab nak surprise My Other Half. Hoho 8. Kad jemputan pon da selamat diedar mengikut peringkat. Letih woo Okla see u next post. Muahxxx. Love u Bella

Wednesday, March 21, 2012

Khemah dan Katering - done!!

Hallo to all b2b and readers.. not to forget my lovely small followers (huhu..terharu)

Alhamdulillah malam tadi sesi perbincangan bersama vendor khemah dan juga catering masa wedding nanti telah mencapai kata sepakat. Setelah beberapa perubahan secara tidak langsung bersama mama n abah sebelum ini telah mencapai kata putus. Berdebar gak la kan sebab memula abah cakap vendor tu a.k.a en nasir sendiri sebernarnya nak berjumpa dengan saya secara bersemuka. So perbincangan bermula 8.30 mlm sehingga 9.30mlm (sbb en nasir nak g main badminton. hahaha)

Antara beberapa soalan yang telah diajukan dan jawapan malam tadi:-

1. Harga untuk sebuah khemah : berkelambu / kosong (6 kosong 1 kelambu)
2. Kerusi : sarung / tidak sarung serta harga per/kerusi (saya nak sarung sume biar nampak kemas)
3. Meja : 8 @ 10 org untuk satu meja (8 orang supaya xbegusti lengan ketika makan. kawasan sempit)
4. Lampu : xnak yang berjurai2 bagai (lampu comel je sebab atas khemah pasang kipas)
5. Kipas : yang biasa atau pon kipas ais batu (dua2 amik sebab en nasir offer murah)
6. Meja beradab : bentuk U atau lurus je (lurus je sbb mama nak nampak kemas)
7. Meja V.I.P : nak amik dua meja (done)
8. Hiasan meja beradab dan meja tetamu : d.i.y sendiri (so cakap xnak kat en nasir n di apon ok je)
9. Berapa khemah yang diperlukan : saya nak 7 je.(sebab tengah2 khemah makan berabad)
10. Tema warna khemah : Merah + cream (hurm xmo tukar2 dah)
11. Free gift : khemah kecik untuk letak doorgift , free makan meja beradab (sebab amik catering sekali), meja potong kek, meja utk letak doorgift, kipas ais batu untuk khemah beradab je. (en nasir ni klu bole sume dia bagi kot..hahaha)
12. Karpet merah : laluan pengantin dari rumah ke meja beradab je. (xconfirm lagi masa pasang baru decide)

Alhamdulillah setakat itu saya berpuas hati walaupon kadang saya ni cerewet tanya itu ini atau kadang2 merepek pertanyaan en nasir akan jawab dengan sempoi. hahaha. saya memang mcm ni selagi xpuas hati saya akan tanya wpon benda tu remeh je. lepas tu setiap apa yang en nasir cakap atau janjikan saya akan rekod n tulis dalam buku nota saya. Penting tu you all sebab nanti xdela timbul isu pada masa depan. Pasal catering n senarai lauk saya serahkan pada mama n abah untuk decide. En nasir cakap lagi 2 minggu baru jumpa balik untuk confirmkan lauk pauk, bajet orang yg datang n bayar depo 50%. Alhamdulillah yang dapat saya ucapkan sebab En nasir bagi harga yang sangat bebaloi dengan bajet saya wpon saya tau harga asal dia lagi tinggi. Kire macam sponsor mengurangkan beban pengantin. Tapi sedih skit sebab ingat nak amik kat makcik yang masak masa bertunang dulu tapi nak wat macam ne belum ada rezeki kami dengan beliau. 
Ada sebab kenapa abah memilih En nasir untuk catering sekali. Xpela doakan la ye semoga majlis berjalan dengan lancar n baik.

p/s : lepas ni nak share pasal doorgift yang telah berubah plan. huhu. harap2 dipermudahkan urusan.



Love
.
.
.
.
.
.
.
.
Bella

Monday, March 19, 2012

Im not feeling well right now

Salam monday bluess....

Tapi saya xbluess pon.. badan sakit2..hangat pon ye..tekak da pedih dari malam tadi...

Ingat nak MC je tapi gagahkan diri jugak keje ni.. Harusla kan sape nak ganti keje yang berlonggok tu.

Bukan ada sesiapa pon nak ganti kerja saya sebab tu kalau cuti kena fikir banyak kali. huhu

Nak update wed pre je setakat semalam :-

1. Kasut Nikah - done

Kasut nikah da beli. Yeay!!! Alhamdulillah jumpa jgk yang berkenan dan underBUDGET. Huahua.
Semalam pergi JJ Bkt Tinggi sajela cuci2 mata dengan My Other Half. Masuk SUMMIT dan jumpa yang berkenan dan underBUDGET (saje ulang2 cakap..) warna PUTIH you all.. yippeee!!! xsampai RM100 dan ada LESS % lagi. Wahhh!!! Lagila mak sukeeeeee!!! Ok jangan nak over-the-top sangat. Gambar xde xebab kat handfon. Xpe nikah nanti kasi tunjuk ye..(ada ke sesape nak tengok?? malu....)

2. Tukaran venue nikah

Seperti yang sedia maklum checklist sebelum ni ada nyatakan venue nikah akan dibuat dirumah kan??? Now telah bertukar ke masjid jamek pula. Keputusan dibuat setelah perbincangan dan pandangan semua pihak diambilkira. Hurm..terus maklum videographer maklumkan perkara tersebut. Alhamdulillah dia pon xkesa sebab pernah shoot kat masjid pon sebelom ni. Lega disitu cumanya nak adjust balik flow majlis. Hurm kena bincang dengan FM saya la nanti. Siapa FM saya? tunggu......haha saje nak usik2

3. Pertambahan doorgift

Sebelum ni da siap booking doorgift untuk tetamu kat Shawqi's tapi dalam 1000pcs cmtu. Masa borak2 dengan mama, tetibe mama cakap "Cukup ke doorgift kita ni ye? " Saya po cuak gakla terus kira-kira sendiri. Last2 decide nak beli extra lagi doorgift supaya time majlis nanti xdela memasing mengelabah doorgift xcukup kan. So nanti akan ke Nilai 3 semula untuk cari bahan2 yang diperlukan. Hurm.. its about money matter again!!

Okla tu je rasanye. Mata da berat tangan da lenguh kaki da menggigil sejuk. Ada masa update lagi ye.

Love



Bella 

Friday, March 16, 2012

Sharing is Loving

Salam Jumaat

Hari ni nak share sesuatu dengan wanita seluruh dunia yang bakal melangsungkan perkahwinan pada masa depan sebgaia panduan berguna. Kami pon masih berusaha membaiki diri sendiri. ;-)

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1.     Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2.     Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3.     Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4.     Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5.     Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6.     Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7.     Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8.     Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9.     Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Monday, March 12, 2012

Veil dah siap

Hallo...!!!!

Gembira nye tadi pn lijah call nak hantar veil arini.

Xmo teaser2 la sebab pn lijah pon da tunjuk kat blog dia. Hoho.

Jom tengok gambar :-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(bahagian atas kepala)

(keliling veil dengan butiran manik)


(bahagian bawah)


(beading hasil tangan puan lijah)


Alhamdulillah setakat melihat di alam maya saya berpuas hati (he..he..) sebab akhirnya veil idaman menjadi kenyataan.Walaupon sekadar veil tapi saya rasa tanpanye xsempurnalah majlis saya nanti kan. Okla wedding update setakat hari ini. Semoga progress berjalan lancar lepas ni. Amin.

p/s : xsabar tunggu 5.30 puan lijah nak datang. Yipeeeee!!
Till then love,



Bella

Friday, March 9, 2012

Bertahan @ Berundur??

Salam wanita seluruh dunia ...  :-)

Sejujurnya sekarang aku da xde mood nak keje kat sini lagi..

Aku nak je berhenti kalau boleh.. Da bosan wey! Bosan! Bosan! Pufff

Ok fine aku tau aku emo skit (eh banyak kot) hari ni. Da banyak kali kot aku pegi  internal interview tapi

xdapat gak. Bodoh benar ke aku jawab soalan? Ke dorang cari yang cun je ek? Hahaha.. Lol.

Ok xpela kalau da xelok dimata orang baik blah jela kan dari company ni tapi mengenangkan nak kahwin

terpaksala bersabar. Salah aku ke?? Ya allah tunjukkanlah hikmah Mu. Memang rasa down giler2 ni.

Hurm keje berlambak xkesala tapi macam xdihargai jek. Haish! 

Xpela dugaan Allah pada hambanya. Insya allah aku cuba untuk redha dengan ikhlas hati bukan dibibir je.


Yang meroyan,

Bella 



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

Salam Jumaat semua..

Bella nak share sesuatu yang menarik buat mommy-to-be sebagai maklumat berguna

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Subhanallah!! Sesungguhnya sangat beruntung pada wanita yang dapat merasai kepayahan dan keperitan waktu mengandungkan zuriat mereka. Allah sentiasa menjaga dan memelihara selagi mana kita taat pada Nya. Semoga satu hari nanti Bella dapat merasai dengan izin Allah jua.


Till then



Love





Bella

Wednesday, March 7, 2012

Rabu Merindu Tanpa Bicara


I am 
.
deeply
.
madly
.
crazily
.
missing
.
you
.
 My Other Half
.

:-(



P/s : Mood pompuan meroyan TURN ON sebab serabut dengan kerja berlonggok dan wedding prep. Huhu.


Love

.
.
.
.
.
.
.
.


Bella

Tuesday, March 6, 2012

Merapu Raban Je..

Salam semua...

Dah lama rasa xupdate blog. Hampir bersawang rasanye ni. (Fuh..fuh.. tiup sawang yang berterbangan)

Tinggal lagi 53 hari je sebelum ambang perkahwinan. Huhu.

Perasaan da mula berkecamuk (eh bukan xsuka tapi berdebar la...) dengan segala persiapan yang bercelaru.

Cheklist yang bole di zaass!! :

1. Tarikh2 penting
~Nikah : 28 April 2012
~Resepsi : 29 April 2012
~Bertandang: 6 Mei 2012
2. Theme & concept:
~Nikah : soft silver + putih
~Resepsi : cream + red + white
~Bertandang: purple + white
3. Legal documents:
~Kursus kahwin: DONE
~Hiv Test: DONE
~Borang Kebenaran Nikah: belum lagi
4. Venue
~Nikah : Rumah
~Resepsi : Rumah
~Bertandang: Rumah My Other Half
5. Catering/Canopy
~Nikah : DONE
~Resepsi : DONE

6. Pelamin
~Nikah: D’Surya Bridal
~Resepsi : D’Surya Bridal
~Bantal nikah extra : Kasih Collection
~Pintu gerbang : Kasih Collection

7. Photographer
Nikah : FM Signature
Resepsi : FM Signature
~ Note : belum bayar booking lagi ~

 
8. Videographer -
Nikah :Wira Visual (baki bayar end of Mac)

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Mak Aji (in progress)
-Tudung: d.i.y
-Veil: Pn Lijah
-Shoe: *pending*
Resepsi:
D’Surya Bridal - deposit RM200
-Dress: songket merah moden (perlu alteration n last fitting)
-Tudung: kak mimi nak cari tudung lain
-Veil: net version
-Shoe: done
-Accessories: done

10. Makeup - deposit RM50
Nikah: Amymizzalini
Resepsi: D’Surya Bridal

11. Doorgift
Resepsi:
- Friends /VIP doorgift(300): bottle jar ~belum beli kat Quality Pack
~ tq tag – done (tali untuk ikat cari kat Daiso)
~bunga telur – mak uda sponsor kat pelamin
~bunga telur – cik yah sponsor bagi pada v.i.p
~bunga telur – mama d.i.y untuk family hby
-Guest doorgift (): kek marble pecah lima kat Shawqi’s - deposit RM300

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar
Nikah: DONE
Resepsi: DONE
13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9



For bride:
1.    Mas kahwin & Gelang - done
2.    Handbag & Shoes- done
3.    Handbag & Shoes - My Other Half handle
4.    Jam tangan- done
5.    Sireh Junjung - done
6.    Set toiletries- done
7.    Set Mekap - done
For Groom

1.    Shades - done
2.    Kasut - done
3.    Kemeja + seluar  – belum beli
4.    Jam tangan - done
5.    Set toiletries - done
6.    Jam tangan- done
7.    Sireh Junjung- done
8. Kek - done
9. Cincin - belum cari (ada idea??)
~ To decorate: Mama n Julia ~
14. Cincin/ Gelang kahwin
For her: gelang- done
For him: cincin – belum cari

15. Invitation Card
Resepsi: Member My Other Half - done
~Balance: FULL PAID

16. Cake
Resepsi: Mak Yong (pending)
meja kek : Mama

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah:DONE
Tok Kadi - Ustaz Aziz
Resepsi: DONE


18. Hand bouquet
Nikah: d.i.y
-Types & colors of fresh flower: Roses + orkid
Resepsi: D’Surya Bridal
-Types & colors of fresh flower: Roses

19. Guest List
Nikah: random (500 invitees)
Resepsi: 1000 invitees.

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Abah handle
Kompang: Wak Zenin
PA system: Abah handle
CD of songs: Abah handle

 
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids
Bridemaids: Kak Bety
Bridemaids dress: DONE
Bestman : Je Azril
Bestman suit: DONE

22. Dresses for family
Nikah :DONE
Resepsi:DONE



23. Bilik pengantin [Famista Trading]
Katil: - done
Decoration: pasu untuk isi bunga segar
Dressing table : - done
Side Table : - done
Lampu : done
Langsir : - done
Carpet : done

24. Signage *kene design ni
Resepsi:belum buat 
Location:belum buat
Design: belum buat
Printing: belum buat 
Welcome sign & Easel: My Other Half handle
25. Inai ~ Kak Norish (booking RM30)

26. Honeymoon
Date: *pending*
Location: Penang
Transport: My Other Half drive. Yeay!!
Accommodation: Hard Rock Hotel Penang

27. MISC
Guest Book : Scrappaerclip
Guest Book singage : Scrappaerclip
TQ Tag: creative by lynda

Cukupla kot buat masa ni. xjadi nak zass mana yang da siap takot terlepas pandang so kita kasi highlight kuning je k. Hehehe

Till then.

Love
.
.
 .
.
.
.
Bella