Wednesday, June 12, 2013

11 Jun 2013

Salam semua.
Hari yang panjang dan penat buat kami.
Pergi serdang follow tarikh last extend due. Due bella 2 Jun 2013.
Doc hospital serdang bagi options kat bella sama ada nak stay tapi xjanji dapat deliver kat serdang @ akan dihantar ke kajang sebab wad hospital serdang padat. Klu xnak stay better balik dulu so esok (12/06/2013) datang balik untuk warded. Kes bella ni walaupon da overdue tapi sebab xturun tanda so doc kira masih ok.
Hubby dan bella da pening. Stress pon ye. Kami risaukan pada baby sebab da lama sangat. Call abah dan mama bella dorang suggest bella pergi pusat bersalin razif kat klang. Kami pon fikir dulu dan lepas lunch kami terus kemas2 dan shoot ke klang.
Sampai je sini daftar sume dan jumpa doc. Doc terus minta bella admitted sebab baby da lama sangat. Hubby pilih single room sebab hubby nak teman bella. Lepas ambil details sume nurse datang cek ctg baby. Nurse akan cek setiap 6 jam sekali. So far sume ok. Bella redha je kali ni. Mungkin belum ada rezeki bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah ada saving sikit untuk cover expenses ni.
Sekarang da lepas pukul 12.00 malam tapi mata bella tak bole nak lelap. Contraction da start kerap sejak doktor masukkan ubat induce pukul 8.00 tadi. Memang rasa nak nangis je masa doc seluk tadi bagitau da buka 1cm.  Alhamdulillah. Harap2 esok da bole bersalin normal. In shaa allah. Amin.
Hubby pon da lolap mata sebelah ni. Alhamdulillah hubby dapat katil extra free so xdela dia sakit badan sangat. Sian pulak tengok dia kepenatan dari siang tadi. Okla nak cuba lolap mata gak. Kang pukul 4 pagi nurse masuk nak datang cek lagi mulala rabak mata. Esok bella sambung lagi ye. Muahxxx.
Love
Bella ♥




Sunday, June 9, 2013

Entering 41weeks

Salam ahad semua...
Hari ni rehat2 hujung minggu je. Baby Y da masuk 41weeks :-) Yup almost 10 bulan carry anakanda kesayangan ni.
Tinggal dua hari lagi sebelum bella kena warded. Takutnya Allah je yang tau.
Alhamdulillah setakat ni Baby Y gerqk cukup. Sakit kat pinggang memang tak tertanggung la. Selagi boleh tahan bella tahan. Hubby la yang selalu gosok belakang badan.  Heaven giler.
Tadi beli kelapa muda then hubby tolong kopekkan. Segar rasa minum air kelapa segar. Okla nak siap2 balik rumah ni. Till then.
Love
Bella ♥


Birthday my sisters ♥♥♥

Salam semua..
Last week birthday my 2nd sis dan semalam pula birthday my younger sis.
Both share bulan yang sama. So untuk 2nd sis bella hadiahkan Al - quran ekslusif rainbow sempena birthday dia yang ke 23 tahun. Happy sangat2 bila dia teruja sebab katanya dah lama dia mengidam nak beli. Alhamdulillah. :-)
Ok untuk si kecik tu pulak bella belikan set lunch box upin ipin. Alhamdulillah dia pon suka. Semalam da bawa bekal pergi sekolah. Semangat betul. Haha. Good job baby!!
In shaa allah pasni June akan ada sorang lagi join iaitu my baby. Yeay!! Till then.
Love
Bella ♥


Friday, June 7, 2013

Last pregnancy check up - 40wks 4dys

Salam khamis

Hari ini kerja half day and also my last day. Esok da start cuti sampai bella masuk wad selasa depan. Kalau bersalin awal dapat la balik cuti aku tu. Tapi xkesa yang penting bella da xlarat keje.

Pukul 2 hubby da sampai depan opis amik aku. Time tu la last minute sume keje nak cepat.  Hubby da bising suh cepat. Sabar jela. So terus kelam kabut siapkan sume. Then shoot terus ke puchong. Singgah makan kat Petron.

Sampai klinik desa pulau meranti terus amik  no. dan urine test. Alhamdulillah berat pon naik 1/2 kilo je. Phew~ Baby Y pon ok so nurse siap wish "selamat bersalin" haha. Hubby pon gelak je dengar. So tunggu jela sampai selasa kalau masih xde tanda nak bersalin.

Doakan kami selamat bersalin dan sihat sejahtera. In shaa allah. Amin.

Love u all

Bella ♥

Tuesday, June 4, 2013

Menunggu Anugerah Mu - 40 minggu 2hari

Salam selasa dan selamat bekerja semua.

Akhirnya dapat gak download blogger apps. Lebih mudah dan bersemangat nak update blog pasni. Huhu.

Semalam aku and hubby pergi hospital serdang untuk cek kondisi baby. Ahad lepas aku da due so hubby risau kalau2 ada pape yang xkena. Sampai pukul 7.50 pagi tapi dapat parking dekat pukul 9.00. Hazab tol cari parking. Bila da ok sume terus pergi tempat bersalin dan daftar.  Memang ramai betul kat situ. Tunggu lama gakla. Ada yg menahan sakit. Ada yg relax je. Sampai turn aku terus masuk cek BP, urine dan tunggu jap  sblm doc panggil. Doc scan baby dan seluk nk tgk jalan. Ni 2nd time kena seluk so aku awal da control nafas. Nyilu sikit la. Doc cakap belum buka jalan lagi. Lepas tu cek CTG pula dari 20 minit jadi sejam sebab baby asyik pusing2. Huhu. Dekat 4 jam then doc bagi balik dulu sebab kes aku ni fake delivery . Kena tunggu lagi. Klu x bersalin gak next week doc akan induce. Risaunya allah je tahu. Aku pujuk baby kuar awal sikit xnak la bersalin paksa. Hubby pon da xsabar. Ya Allah mudahkanlah urusanku dalam melahirkan anugerahMu ini.

Love

Bella ♥

Sunday, June 2, 2013

Genap 40 minggu

Alhamdulillah ya rabb. Hari ni genap 40 minggu kandungan ku. Nervous tapi excited nak tunggu baby lahir. Xsabar rasa nak peluk baby sendiri. Harap semua berjalan lancar. Doakan kami ye.