Baby Y genap sebulan

Salam jumaat ♥♥♥
Alhamdulillah hari ni genap baby Y a.k.a Yusmarissa Adelia sebulan. Lahir 12 Jun 2013 yang lalu secara c- zer (akan cerita kemudian) dengan berat 3.25kg sekarang ni da 4kg. Syukur kepada Allah atas amanah yang diberi. Jujur Bella dan suami teruja dengan tanggung jawab baru kami ni.
Masa mengandung lagi kami da cari nama yang sesuai beserta makna yang baik. Hubby nak kekalkan nama Yus sebab nama dia Yusnizam. So Bella pon cari la nama yang sedap dipanggil dan didengar pastu cari maksudnya. Akhirnya berkenaan dengan nama Marissa yang bermaksud kesopanan dan Adelia yang bermaksud keadilanku.  Semoga Yusmarissa Adelia membesar menjadi muslimah yang menjaga adab sopan dan tegas menegakkan keadilan. Amin.
Lagi berapa hari kami akan pulang ke rumah  sendiri. Xabis pantang lagi tapi kesian dengan hubby. In shaa allah mudah-mudahan Bella dan baby dapat survive nanti. Selama ni mama yang banyak jaga kami. Nervous la plak memikirkan sebab baby tiap2 malam menangis. Kadang buntu jadinya sebab xtau apa punca dia camtu. Harap2 abis pantang ni baby akan kurang@hilang jetlag waktu malam. Huhu.
Okla nanti Bella akan update proses kelahiran baby Yusmarissa Adelia yang agak complicated tu. Doakan baby Bella sehat2 selalu. Till then.
Love Bella ♥ ♥ ♥

Comments

Popular Posts