Bad And Good New!!
Salam to all peeps!!!
Terima kasih pada yang sudi baca blog bella ni.. (sambil lambai2 tangan salam perkenalan)
Terima kasih pada yang sudi baca blog bella ni.. (sambil lambai2 tangan salam perkenalan)
Hari ni nak share "benda" yang terjadi dalam hidup bella sepanjang last week. (sila rujuk gambar di atas)
Pertama sekali.. kite cite pasal yang buruk dulu la ye.. Actually bukanla nak kata buruk tapi benda da takdir
nak jadi nak buat macam ne kan.. Perkara ni terjadi pada tunang bella.. Dia accident masa otw balik rumah
dia di Puchong. Ada kereta yang nak U-turn kat tempat yang dilarang so tunang bella ni xdapat nak elak
motor tunang bella pun rempuh kete brother tu. Alhamdulillah xde kecederaan serius cuma muka n
tangan tunang bella tu bengkak skit n luka-luka jugakla. Masa dapat berita tu tengah layan customer kat
bank terus jadi cam blur. Huhu. Masa tu Allah je yang tahu hati dan fikiran ni bergelodak macam2 hal.
Rasa xmenentu je nak buat keje pon da xtentu arah.
Tak lama pastu....(jeng..jeng..jeng) dapat call dari HQ nak cakap dengan bella. Bella da la tgh blur masa tu
pon jawab xfokus. Pegawai tu cakap nama bella telah di'recommend' untuk kenaikan pangkat. Memula
dengar macam khayal je terus tanya pegawai tu "Encik, you serius ke ni?" Pegawai tu pon jawab dengan
selamba " Saya pernah tipu awak ke" Hahaha tu la padan muka sendiri tanya soalan cepumas camtu.
Then, macam2la soalan yang ditanyakan.. antaranya kalau dihantar ke cawangan lain (dekat giler dengan rumah)
ada isu ke....xpon kalau da kawen nak ke tempat lain ke.. Dalam hati time tu memang rasa nak menjerit
gembira je rasa tapi control ayu lagi..hahaha.. Ya allah bella rasa bersyukur yang teramat sangat. Ini ke yang
orang selalu cakap rezeki orang nak kawen? huhu.. Ye bella tau benda ni belum confirm tapi kalau ada
rezeki bella ni rasanya penantian bella selama ni xsia-sia. Hanya allah yang mengetahui apa yang terbaik
untuk kita. Then terus inform kat bos, tunang, mama n abah. (excited giler!!!) Petang tu bella saje balik
awal dari opis ajak mama n abah g Puchong lawat tunang bella. Sedih tengok tunang bella jalan hencot2
time tu. Dalam mesej petang tu pon klu bole dia minta bella jenguk dia. He said he needs me that time.
So sweet la cakap camtu terus meruntun hati jiwa raga (hehehe) nak pegi tengok dia gak malam tu. Huhu.
Xpela walaupon xdapat nak buat pape untuk bantu at least dia tau bella ada untuk support dia time dia susah
dan sakit camtu kan (bukan time senang je minta macam2..hehe)
Apapun bella harapkan sinar harapan baru ni akan terus menjadi kenyataan untuk tahun baru 2012.
Dan kepada tunang tersayang (saya tau awak baca blog saya ni) semoga cepat sembuh n selamat cute
kembali sebab da xhensem(hahaha..gurau je syg) dan saya ada setia disisi sentiasa.
Love,
Bella
Comments
Post a Comment