Wednesday, June 12, 2013

11 Jun 2013

Salam semua.
Hari yang panjang dan penat buat kami.
Pergi serdang follow tarikh last extend due. Due bella 2 Jun 2013.
Doc hospital serdang bagi options kat bella sama ada nak stay tapi xjanji dapat deliver kat serdang @ akan dihantar ke kajang sebab wad hospital serdang padat. Klu xnak stay better balik dulu so esok (12/06/2013) datang balik untuk warded. Kes bella ni walaupon da overdue tapi sebab xturun tanda so doc kira masih ok.
Hubby dan bella da pening. Stress pon ye. Kami risaukan pada baby sebab da lama sangat. Call abah dan mama bella dorang suggest bella pergi pusat bersalin razif kat klang. Kami pon fikir dulu dan lepas lunch kami terus kemas2 dan shoot ke klang.
Sampai je sini daftar sume dan jumpa doc. Doc terus minta bella admitted sebab baby da lama sangat. Hubby pilih single room sebab hubby nak teman bella. Lepas ambil details sume nurse datang cek ctg baby. Nurse akan cek setiap 6 jam sekali. So far sume ok. Bella redha je kali ni. Mungkin belum ada rezeki bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah ada saving sikit untuk cover expenses ni.
Sekarang da lepas pukul 12.00 malam tapi mata bella tak bole nak lelap. Contraction da start kerap sejak doktor masukkan ubat induce pukul 8.00 tadi. Memang rasa nak nangis je masa doc seluk tadi bagitau da buka 1cm.  Alhamdulillah. Harap2 esok da bole bersalin normal. In shaa allah. Amin.
Hubby pon da lolap mata sebelah ni. Alhamdulillah hubby dapat katil extra free so xdela dia sakit badan sangat. Sian pulak tengok dia kepenatan dari siang tadi. Okla nak cuba lolap mata gak. Kang pukul 4 pagi nurse masuk nak datang cek lagi mulala rabak mata. Esok bella sambung lagi ye. Muahxxx.
Love
Bella ♥




No comments:

Post a Comment