Khemah dan Katering - done!!

Hallo to all b2b and readers.. not to forget my lovely small followers (huhu..terharu)

Alhamdulillah malam tadi sesi perbincangan bersama vendor khemah dan juga catering masa wedding nanti telah mencapai kata sepakat. Setelah beberapa perubahan secara tidak langsung bersama mama n abah sebelum ini telah mencapai kata putus. Berdebar gak la kan sebab memula abah cakap vendor tu a.k.a en nasir sendiri sebernarnya nak berjumpa dengan saya secara bersemuka. So perbincangan bermula 8.30 mlm sehingga 9.30mlm (sbb en nasir nak g main badminton. hahaha)

Antara beberapa soalan yang telah diajukan dan jawapan malam tadi:-

1. Harga untuk sebuah khemah : berkelambu / kosong (6 kosong 1 kelambu)
2. Kerusi : sarung / tidak sarung serta harga per/kerusi (saya nak sarung sume biar nampak kemas)
3. Meja : 8 @ 10 org untuk satu meja (8 orang supaya xbegusti lengan ketika makan. kawasan sempit)
4. Lampu : xnak yang berjurai2 bagai (lampu comel je sebab atas khemah pasang kipas)
5. Kipas : yang biasa atau pon kipas ais batu (dua2 amik sebab en nasir offer murah)
6. Meja beradab : bentuk U atau lurus je (lurus je sbb mama nak nampak kemas)
7. Meja V.I.P : nak amik dua meja (done)
8. Hiasan meja beradab dan meja tetamu : d.i.y sendiri (so cakap xnak kat en nasir n di apon ok je)
9. Berapa khemah yang diperlukan : saya nak 7 je.(sebab tengah2 khemah makan berabad)
10. Tema warna khemah : Merah + cream (hurm xmo tukar2 dah)
11. Free gift : khemah kecik untuk letak doorgift , free makan meja beradab (sebab amik catering sekali), meja potong kek, meja utk letak doorgift, kipas ais batu untuk khemah beradab je. (en nasir ni klu bole sume dia bagi kot..hahaha)
12. Karpet merah : laluan pengantin dari rumah ke meja beradab je. (xconfirm lagi masa pasang baru decide)

Alhamdulillah setakat itu saya berpuas hati walaupon kadang saya ni cerewet tanya itu ini atau kadang2 merepek pertanyaan en nasir akan jawab dengan sempoi. hahaha. saya memang mcm ni selagi xpuas hati saya akan tanya wpon benda tu remeh je. lepas tu setiap apa yang en nasir cakap atau janjikan saya akan rekod n tulis dalam buku nota saya. Penting tu you all sebab nanti xdela timbul isu pada masa depan. Pasal catering n senarai lauk saya serahkan pada mama n abah untuk decide. En nasir cakap lagi 2 minggu baru jumpa balik untuk confirmkan lauk pauk, bajet orang yg datang n bayar depo 50%. Alhamdulillah yang dapat saya ucapkan sebab En nasir bagi harga yang sangat bebaloi dengan bajet saya wpon saya tau harga asal dia lagi tinggi. Kire macam sponsor mengurangkan beban pengantin. Tapi sedih skit sebab ingat nak amik kat makcik yang masak masa bertunang dulu tapi nak wat macam ne belum ada rezeki kami dengan beliau. 
Ada sebab kenapa abah memilih En nasir untuk catering sekali. Xpela doakan la ye semoga majlis berjalan dengan lancar n baik.

p/s : lepas ni nak share pasal doorgift yang telah berubah plan. huhu. harap2 dipermudahkan urusan.



Love
.
.
.
.
.
.
.
.
Bella

Comments

Popular Posts